Ya ampun..ibu bz ya sejak 2 menjak ni. Enggak ada masa dong mau nulis2 mahupun taip2 di blog..Hahaha.. da kenapa nak speaking endon kan?
Ok..saya memang bz gila. Dengan report lagi, dengan proses pinjaman perumahan lagi, dengan search idea2 dekorasi rumah baru lagi.. Hahaha.. yang last tu memang poyo, loan pun xtau lepas ke x, da sibuk nak tgk dekorasi bagai. Eksaited lebih ok!
Disebabkan semalam meeting kali ketiga dengan si McD tu, so harini akan kembali bz lah keranaaaaaaaaa.....banyak nak kena amend! Woi! 14 report da siap pastu nak kena amend balik da kenapa?Pukul nak? Aih, mujur lah mereka tu customer kan..so bila diorang request macam2, kami terpaksa lah jawab "eh..can..." "Ok, i will do the best for u" "oh..its ok..it just a simple thing to do, don't worry.." "yes, u have a good idea, should b do like this, not like this.."...Itu sume ayat nak jaga hati customer padahal dalam hati.. "eh..y after I submit 14 report than u need to change this, change there, y y y????" "ko buat sendirilah, banyak sangat complaint!".. hahaha.. Eh tercite over2 plak pasal keje..sorry..
Nak beli rumah ni sebenarnya bukan senang..bukan macam nak beli kete. Sangat susah ok. Even saya ni pernah wat sales untuk pinjaman perumahan, saya rasa masih banyak benda saya tak tahu..Serius! Dan disebabkan saya pernah buat sales tu lah saya lebih cerewet. Actually saya takdelah cerewet mane, tapi saya nak tahu ape rate yang diorang bagi sume. Sebenarnya saya nak guna Skim Rumah Pertama ku yang kerajaan duk pung pang sana sini tu..yang kononnya banyak sangat bank yang terlibat..yang kononnya boleh buat loan up to 100%..yang kononnya memudahkan orang2 muda miliki rumah.. Rupanya indah khabar dari rupa. Skim tu seolah2 tak diketahui langsung oleh kebanyakan bank. Bila ditanya satu2 bank, salesperson sume jawab takde, sedangkan dalam web mereka tercatat bagaikan..Saya xpasti either salesperson tu cetek ilmu, ataupun dia malas nak layan, ataupun memang bank tu xnak accept da. Ntah lah.. So, kami tpakse berbalik dengan pinjaman 90%+5% sahaja. Cuba anda bayangkan ye.. Let say, rumah harga 200k, 10% ialah 20k..untuk umur macam saya, yang da bekerja selama + - 4 tahun, epf xsampai lagi 10k. Itu saya, yang keje lompat2 kan.. Untuk taat bkerja, mungkin da sampai 10k. Lagi 10k nak dapat mane? Simpanan? Itu kalo ada simpanan, kalo xde? Aih..no wonder lah ramai yang masih menyewa. Ok..ini sume hanyalah pendapat saya, saya pasti ada yang akan cakap, padan lah muka ko xmenyimpan da kenapa kan..ye lah..nak buat camne, benda da jadi. Takpe, nanti Qaisara, mama ajar menyimpang ye sayang..Kita menyimpan dari skang, nanti Qaisara da besar, beli umah bangle utk mama n papa ok! :p
Memang dugaan saya rasa nak beli rumah ni, da jumpa bank yang saya senang berurusan dengan salesperson dia, tup2 bank tu x ambik Tanah rezab melayu. Kenapa? Salesperson tu pun xboleh jawab. kuikuikuikui..
So, kat sini saya nak kongsi serba sikit untuk orang2 muda cam saya yang nak beli rumah..
Ape yang anda perlu tanya dekat bank tu :-
- BLR sekarang berapa?
- Rate yang bank tawar kan ialah minus berapa? Cth: Kalo dia cakap minus 2.0 dan BLR terkini ialah 6.6, 6.6-2.0=4.6.. So, 4.6% ada interest rate untuk setahun.
- Ceiling rate berapa? Untuk Islamic bank ada ceiling rate, tapi untuk conventional xde ceiling rate. Ape fungsi ceiling rate? Disebabkan kita guna BLR, so kita WAJIB tahu pasal ceiling rate ni. Dimana BLR adalah rate yang ditentukan oleh Bank Negara dan BLR ni akan floating ok..maksudnya rate yang 4.6% akan berubah lah..Cth ceiling rate = 10.6, So, bila sampai masa 10 or 15 or brp tahun akan datang ke, BLR akan makin naik. Bila ada ceiling rate, banyak mane pun BLR naik, rate tu akan sampai 10.6 je, xkan pergi lebih dari tu lah. Paham?
- Loan up to berapa? Kalo dia cakap up to 95%, SELALUNYA membawa maksud kepada 90%+5%..which is 90% drpd harga rumah dan 5% tu adalah legal fee, mrtt, mrta dan macam2 lagi lah..So, 10% drpd harga rumah kena keluarkan epf or cash lah.
- Ambik tahu juga pasal MRTT lah, MRTA lah, Legal fee lah, Evaluation value lah.. Ambik tahu pasal tu sume. Tanya je salesperson tu sampai dia da tak larat nak layan. Hahaha..
- Kira dulu kita layak or tak layak untuk pinjaman tu. Basic - epf - socso - tax = net salary. Tambah sume expenses dengan BANK (dalam ccris). Kereta + Pinjaman peribadi + Kreditcard (5% x Jumlah pengunaan kad) + Rumah (bulanan rumah yg nak beli ni) = Total Comitment. Total Commitment / Net Salary = ? (tidak boleh lebih dari 70% or 75%)..So sekiranya kurang dr 70% or 75%, layak lah nk mohon, if tak, try je masuk loan, kot2 bahagian approval xprasan benda tu..hahaha..tapi jangan marah2 plak kalo xlulus.. :p
- Document yang diperlukan :-
- Photocopy I/c
- Payslip 3 Bulan
- Pengesahan Majikan
- Bank statement
- Epf Statement
- Booking fee receipt
- Photocopy geran rumah (itupun kalo developer bagi, if tak bagi, bank akan mintak sendiri)
So, itu je lah kot yang saya nak kongsi. Selamat Berjaya memiliki rumahku syurgaku. Bila da baca ni, jangan lupa baca ni..
" Ya Allah, permudahkan lah urusan pinjaman rumah Jazwina sekeluarga, semoga pinjaman dia lulus..amin "
hehehe.. Okbai kawan..love u so much lah..
Nota kaki : Semoga tuhan permudahkan segala urusan kami..amin..






2 comments:
salam.. eh samalah saya pun tengah nak beli rumah.. memang memeningkan kekekekkee
Kan..aih..kena slow2 n byk2 bsabar kan..
Post a Comment