CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Wednesday, April 14, 2010

Perkara2 yang membuat WANITA rasa dikasihi.,.

Dr. John Gray, seorang pakar perhubungan rumahtangga di Amerika mengesyorkan beberapa jenis perkara-perkara kecil yang boleh membuat wanita berasa dirinya dikasihi, antaranya ialah:

1. Sekali-sekala belikan isteri korang itu buah tangan, walaupun korang tak pergi mana-mana. Ramai lelaki membeli buah tangan untuk gurls isteri mereka pergi jauh dan lama pula. Buah tangan camtu tidak berapa memuaskan hati isteri kerana ia boleh diramalkan. Pemberian yang amat memuaskan hati isteri ialah pemberian yang dia langsung tidak sangka akan menerimanya pada hari itu..erti kata lain SURPRISE ar...

2. Sekali-sekala pujilah pakaian yang dipakai oleh isteri. Lelaki lazimnya suka memuji pakaian wanita sewaktu mereka masih belum berkahwin. Semakin lama mereka berkahwin semakin jarang mereka memuji pakaian isteri. Pujian jenis ini amat menyukakan hati mana-mana wanita. Dan ada lelaki lebih suka puji POMPUAN LAIN dari puji kekasih or isterinya..

3. Ambil tahu apa makanan yang isteri korang suka. Lazimnya, isteri-isteri amat mengambil berat makanan yang digemari oleh suami, tetapi tidak sebaliknya.

4. Pandanglah muka isteri korang apabila bercakap-cakap dengannya. Tingkah-laku ini menjadi ciri tingkah-laku pasangan yang sedang berkasih-kasihan, tetapi semakin lama selepas berkahwin, kita cenderung semakin kurang melakukan perbuatan ini. Wanita berasa romantis apabila orang yang dikasihinya bercakap dengan memandang matanya.

5. Dengarlah isteri korang bercakap sampai dia puas bercakap dan berhenti sendiri. Perbuatan ini amat memenuhi keperluan psikologi wanita. Tetapi, kebanyakan lelaki tidak berapa sabar hendak mendengar isteri mereka bercakap panjang-panjang mencurahkan apa yang ada dalam dada mereka.

6. Apabila nampak isteri korang sedang risau, bermasalah ataupun bersedih, ajaklah dia bercakap-cakap mengenai perasaannya itu. Tetapi jangan pula korang beri dia nasihat supaya jangan risau ataupun bersedih. Dan jangan cepat-cepat beritahu dia cara bagaimana masalahnya itu patut diselesaikan. Kesilapan begini sering dilakukan oleh lelaki.

7. Apabila korang nampak dia penat, tolong dia sedikit sebanyak. Inilah antara perkara kecil tetapi yang amat menyukakan hati wanita.

8. Jangan lupa telefon isteri korang awal-awal apabila korang mungkin balik lambat balik.


Emosi romantik wanita menggebu-gebu apabila sahaja dia tahu bahawa dirinya sungguh istimewa. Perasaan itu menyuburkan nafsu ghairahnya. Tidak ada yang lebih menyuburkan ghairah wanita melainkan tingkah-laku suaminya yang memberitahu bahawa hanya dirinya seorang sahaja yang diingini oleh suaminya.

nota kaki : tak sabar nya nak kawin...wink3..
V(^_^)V

No comments: