Semalam..saya drive sendiri..
Dan saya balik agak lambat..
Uruskan gaji dan segala pembayaran..
Almaklumlah..end of month..account paling busy..
Dalam jam 7pm lebih saya tiba di bandar Klang..
Berhenti,lampu trafic light merah..
Kereta saya berada didepan sekali..
Melintas lah seorang lelaki yang berpakaian agak lusuh..
Menolak stroller yang dipenuhi kotak2..
Mungkin kotak2 itu dikutip di tepi jalan..
Gagahnya seorang lelaki mengutip kotak2 di bandar klang..
Mungkin itu sahaja pendapatan untuk mdapat sesuap nasi..
Tiba2 mata saya ternampak kelibat anak kecil di celah2 kotak tu..
Mungkin lebih kurang sebaya Qaisara..
Terdetik di hati saya,indahnya pemandangan ini..
Kenapa?
Walaupun anak itu susah..
Tapi dia bahagia,kerana dia tidak di tinggalkan..
Apetah lagi tidak dibuang disebabkan kesusahan..
Indah bukan?
Sampai dirumah,terus saya peluk Qaisara kuat2..
Insyaallah,kemana sahaja mama pergi..
Mama akan bawak Qaisara..
Fenomena sekarang berbeza kawan2..
Ramai sanggup tinggalkan anak kt rumah pengasuh..
Katanya susah nak jaga..anak kecil lagi..
Itu pendapat masing2..
Saya tak salahkan sesiapa disini..
Cuma saya selalu cakap dengan suami saya..
Bawak je lah Qaisara,walaupun sekejap je keluar..
Betul..saya selalu angkut anak saya ke sana ke mari..
Walaupun takde stroller..
Berat hati saya nak tinggalkan dia..
*bialah hati saya tetap macam ni sampai bila2..
Sebab bagi saya,da seharian saya bekerja..
Tak kan bila da habis waktu keje masih nak tinggalkan dia..
Kalau dia da besar,da sekolah rendah or menengah tu lain..
Kadang,anak2 sendiri tak nak ikut parents..
Malu katanya..
Macam2 budak sekarang..
Kalau saya dulu,berkepit bwah ketiak emak saya..
Mane emak pergi,disitu jugak saya..
Tak pernah tinggal..
Tapi tulah..zaman sekarang da berubah..
Dulu kita mana ada twiter,FB,whatsapp and etc..
So kita takde hiburan..
Itu yang berkepit je bawah ketiak parents..
Budak2 sekarang..sanggup seharian duduk kat rumah..
Tak makan,tak ape..sebab nak berFB, bertwiter n etc..
Aih..Susah nak cakap..
Bila kita marah,dan bezakan dengan diri kita dulu..
Takut dipanggil kuno plak..tak uptodate..
Tapi,itulah..ape pun,sume terletak di hati sendiri..
Renung2kan dan selamat beramal..
Nota Kaki : Sekarang Qaisara tiap2 malam je demam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






No comments:
Post a Comment