CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, August 14, 2012

:: Tiada Erti Raya untuk saya ::

Da lame saya xupdate blog..
Bz? Takde lah bz mane..tapi boleh lah jugak..

Tahun ni saya beraya di Kedah sekali lagi. Dua tahun berturut2 saya beraya disana. Ok! Jangan salah paham, bukan saya tak suka, bukan saya tak gembira, tapi..saya rasa perbezaan raya di rumah sendiri dan raya di tempat lain. Kalo uolls sume, rasa tak benda yang sama? Pernah dulu orang tegur saya mengenai benda ini. Katanya saya seolah2 rasa hina berada dikampung. BUKAN! tidak sama sekali. Saya teringin ada kampung sendiri. Tapi, HARI RAYA adalah hari yang lain untuk saya. Serius! Saya tak tahulah untuk anda sume kan. Tapi untuk saya, HARI RAYA tu lah hari untuk saya berkumpul bersama2. Ye, saya tahu keluarga mertua juga adalah keluarga saya, tapi ada kelainannya. Betul tak? Cth, kalo dekat rumah sendiri, kita boleh nak baring depan tv ke, makan macam2 ke, tgk tv 24jam ke. Kan? Kalo rumah mak mertua, uolls rasa boleh? Yang boleh buat camtu di rumah mak mertua, baguslah. Tapi, saya tak. Keluarga sebelah suami saya ramai. So ada biras lelaki sume. Everything agak terbatas! Serius. Tapi itu bukan isu nya utk saya tak balik kampung. Tidak sama sekali. Saya masih lagi hormat mak mertua saya, suami saya n adik beradik suami saya. Saya tak jadi masalah tinggal di sana. Tapi, sedikit sebanyak, hati kita pasti sedih bila tak dapat beraya dengan emak sendiri kan?

Tahun ni jauh lagi sedih dari tahun lepas kerana emak saya akan berangkat menunaikan umrah pada 16 Ogos ini. Emak saya akan sambut raya disana. Saya tahu, emak saya orang paling gembira kerana ni kali 3 untuk dia jejak kaki di sana. Alhamdulillah. Saya tak tunjuk yang saya sedih depan emak saya tapi hakikatnya, saya terlalu sedih. Belum lagi emak saya pergi, saya da rasa rindu. Maybe saya anak bongsu kot n terlalu rapat dengan emak. Ye, saya patut gembira emak saya dapat menunaikan umrah..tapi...kalo tahun lepas boleh lah 10 kali sekejap saya call emak saya dari kedah, tahun ni? kalo tahun lepas boleh lah saya call emak and countdown bila nak balik rumah, tapi tahun ni? Tahun ni, Angah saya akan ambil alih untuk masak2 everything. Emmm...ntah lah.. Maybe ada yang annoying baca entry kali ni. Takpelah, perasaan kita.. sampai mati pun orang tak kan tahu perasaan kita kan?

Saya memang anak yang manja. Saya manja tapi saya boleh berdikari sendiri. Saya memang rapat dengan emak saya. Umur saya 7 tahun saya da dibesarkan hanya ada emak sahaja. Arwah bapak meninggal waktu umur saya 7 tahun. Sejak tu, ke mana2 saya akan dengan emak saya. Naik basikal, naik bas sampailah saya ada kereta sendiri dan naik kereta bawak emak ke mana2 je. Emak saya benarkan saya berkawan, tapi tak benarkan saya keluar suka2 hati ngan kawan2. So, kemana je saya pergi, memang dengan emak saya. So, uolls nampak tak macam mane rapatnya saya dengan emak saya. Before this emak g umrah n Haji, saya masih belajar di UiTM Machang. So tak terasa sangatlah. But i think this year memang terasa gila2. Walaupun tahun ni adalah tahun pertama beraya dengan Qaisara tapi perasaan sedih mengatasi segalanya.

Walau apepun, saya doakan emak, along, abg art n azzahra selamat sampai ke tanah suci n pulang ke tanah air dengan selamat. Semoga emak sihat disana n dapat lakukan ibadat dengan tenang. Insyaallah.

Nota kaki : taip sambil teresak2.

No comments: