Pejam celik pejam celik Alya Qaisara Firas da masuk setahun. Ohmaigod..cepatnya masa berlalu. Jumaat lepas genaplah Qaisara setahun, Sabtu tu Qaisara start demam. Badan makin lama makin panas, terus ajak encik suami g klinik kat seksyen 7 tu. 39.2'c suhu badan Qaisara. Ya Allah panasnya. Tekak ada merah sikit. Doc bagi ubat bontot.
Macam biasa lah kalo da Qaisara demam kan memang xtido lah jawabnya. Sepatutnya Sabtu petang tu saya dan encik suami nak ke Melaka. Tapi sumenya cancel dan encik suami g sorang2 Ahad pagi tu. Demam Qaisara on off. Lepas bagi ubat, panas akan reda dalam 4-6jam then panas balik. Panas bukan setakat kat badan tapi sampai ke kepala. Isnin tu Qaisara masih demam lagi. Terus bawak g klinik pakar kanak2 Tan kat klang. Suhu 38.9'c,berat 9kg,tinggi 75cm. Complete kan doc tu check? Hari isnin tu saya cuti dan saya memang fokus kat Qaisara je. Bagi makan ubat demam 4jam sekali, xyah tunggu badan dia panas. Kalo rasa cam boleh drag ke 6jam sekali, saya bagi 6jam sekali. Then basahkan kepala dia dengan air zam zam. Air biasa pun boleh. Tapi kalo bleh suam sikit lah, bukan ape sebab Qaisara mengamuk kalo basahkan kepala dia dengan air sejuk. Maybe sakit kot..xtaulah..Walaupun dia demam tapi dia masih aktif. Tapi dia xnak minum susu sebab sakit tekak kan. Semalam, panas da semakin kurang. Alhamdulillah. Harini still suruh emak bagi Antibiotik kat dia.
Qaisara..qaisara..Apelah yang dia nak beli sebenarnya. Jalan x lagi. Bercakap pun xlagi. Ada yang cakap, kalo xberjalan dulu, akan bercakap dulu. Ni cakap pun x, jalan pun x. Tapi xpe..mama xkisah pun, janji Qaisara sihat. Cuma Qaisara suka cakap ni.."BAK"..untuk mintak sesuatu. Kadang dia nak bagi kita barang pun dia cakap "BAK"..hahaha..Saya xberapa nak perasan sangat ape yang dia da belajar bila umo da setahun ni. Cuma yang saya suka gelakkan dia bila dia xdapat nak tutup botol susu dia. Dia akan mengamuk lah bila tutup botol tu xmasuk betul2 kat botol tu. Hahaha..marah sampai terbaring2..sabar je r.
Insyaallah saya dan encik suami akan adakan Majlis Harijadi Qaisara yang pertama pada 29September2012 ni. Buat kecik2 je. Jemput saudara dan rakan2 terapat bersama sikecil mereka kan. Bawah ni card invitation Qaisara.
Nota kaki : Dora dengan Qaisara da macam adik beradik da..hehehe..
Keputusan SPM Yaya
3 months ago







2 comments:
Happy birthday Qaisara!! Ank sy pun nama qaisara.. Isnin depan birthday dia gak..
Atulhani...TQ auntie..Happy birthday to Qaisara2..hehehe..
Post a Comment