CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Thursday, February 21, 2013

:: 10 Fakta Suamiku ::

Assalammualaikum..

Harini saje nak buat entry pasal en suami. Ayuh baca ayuhhhhh... *Tolong jangan menyampah dan muntah ek!

1. Suami saya kembar seiras. Muka sejibik ok! saya pernah tersalah orang. Huhuhuhu. Dia abang. Dia dan kembar memang sangat close dan tak boleh dipisahkan. Dulu waktu bercinta baru saya kuar dating dengan suami, adik kembar dia da call dan tanya kat mane sume. Annoying ok! But bila da lame rasa cam, ikut suka lah camne pun, bukan boleh kawen sekali pun. But now after da kawen hampir 3 tahun, da makin kurang lah jumpa sume but still berhubung lah.

2. Suami saya orang Kedah. Kedah kat Bukit Selambau. Actually saya selalu mengharapkan yang saya akan mempunyai kampung one day nanti. Yelah.. umah saya dekat dengan bandar, tepi jalan. Tak pernah lah merasa lalu tepi sawah padi ke, tepi laut ke. Hahaha. Tapi sekarang, setiap kali cuti panjang, kami akan balik Kedah dan umah mentua memang kawasan kampung dan rumah papan. Yeah! macam yang saya harapkan (sakaikan?huhuhu). 1st bila balik memang rasa cam sakai gila. Bukan ape, tapi saya teruja dengan keadaan kat kampung. "eh, canggihnya dinding tu."(sebab dinding tu jadi almari sekali.Gila tak teruja!.. "eh murahnya kuih kat sini." Dan macam2 lagi lah yang saya teruja waktu kat sane. Hahaha. Walaupun suami saya orang kedah, tapi dengan saya dia xcakap loghat kedah. Dia cakap KEYEL. kuikuikui..

3. Suami saya seorang yang pendiam. Dia pendiam dan xbanyak cakap jika baru kenal.Ulang suara, jika baru kenal. Kalo da lama kenal, ada je citenya. Hehehe.Tapi dia masih dikategorikan pendiam lah kalo nak dibandingkan dengan saya. Yelah, orang cakap saya ni mulut murai bagaikan. Padahal kalo orang tak kenal memang sampai kesudah lah saya xbercakap.

4. Suami saya lembut dan cool. Ye! memang sangat berbeza dengan saya yang panas baran. Huhuhu. Kalo saya marah, membebel2 tak henti2 dia akan diam je. Pastu bila saya pandang dia, saya akan tergelak. Ntahlah saya sendiri tak tau kenapa, geram tau kadang bila kita da beriya2 marah sampai api kuar dari telinga tup2 pandang muka dia terus tergelak. Dia xbuat pun muka lawak tapi maybe sebab dia tak bagi respon kot, tu yang gelak kot. Huarggghhhh...seteghesss!!!

5. Suami saya jenis pembersih dan pengemas. Pembersih dan pengemas yang maksud kan ialah di dalam bilik. Suami yang selalu lipat baju dan susun baju dalam almari. Lipatan dan susunan dia memang sangat jatuh hati. Serius kemas gila! xtipu! lipat baju sama besar je. Dulu saya main hantam je, janji lipat. But now, terpaksa ikut cara suami kalo tak nak kena bebel dengan dia plak lah kan. Hahahaha. Kemas katil boleh diberi 4.5/5 lah. Masih perlu dibaiki dari segi regangan cadar. Hahaha.

6. Suami saya seorang yang sayang barang. Sangat lah sayang barang kepunyaan dia, anak dan juga saya. Serius! Dia xsuka barang dia orang lain pakai. Kalo nak pinjam, kena jaga elok2. Barang mainan anak dia kalo dia jumpa kat luar, dia akan kutip bawak masuk bilik. Kotak2 kasut Qaisara masih tersimpan rapi macam baru beli tau! Suami selalu membebel kat saya cuz baju saya selalu dipakai oleh anak sedara saya. Sedangkan baju kurung dia kemain banyak yang cantik2. Kadanag saya bising gak dengan anak sedara saya tapi kadang malas nak layan.

7. Suami saya seorang yang tekun/taat kerja. Suami saya memang taat gila dengan kerja IT dia tu. Tanyalah ape saje pasal IT confirm dia tau. Tapi bila saya yang tanya, dia cakap "ntahlah, pa lupa" OK! tido luar! memang hangin satu badan. Hahaha.

8. Suami saya fashionalista saya. Hahaha. Kemain lagi ayat 'fashionalista'. Sebenarnya nak cakap yang suami saya sangat jaga pemakaian saya. SERIUS! Saya ni jenis yang pakai je ape yang ada. Ada aku kesah orang cakap aku xcantik? Janji suami dan anak kemas, da cukup. Tapi suami tak! Dia bukan saja nak diri dia kemas sume, tapi saya dan anak pun camtu. Emak saya selalu cakap "awin nak beli barang, beli dengan firdaus, kalo dia xde jangan beli" Kenapa? Sebab bila kita da beli nanti dia complaint kaw kaw! Sakit hati ok. Saya pernah beli tudung yang ada manik2 kat kepala tu pastu dengan hati yang riang gembira saya pun tunjuk dengan dia. Tau ape dia cakap? "Sayang, cam maid je." Ya Allah, seteghess tau camtu. Terus sampai skrg tudung tu saya xpakai lagi.

9. Suami saya jenis berusaha. Suami saya kalo nak beli pape barang idaman dia, dia akan terus berusaha. Dia tak kan duduk saje. Kalo sekiranya kami berhutang dengan sesape, dia akan usaha untuk bayar. Dan dia juga akan usaha untuk realiasasikan impian kami. Dia pernah cakap "Sayang, kita da pernah hidup susah sebelum ni, so bialah kita hidup senang dan pakai barang mewah sikit sayang." Saya rasa beruntung sangat dapat dia. Bialah hingga akhir hayat saya dia macam ni.

10. Suami saya idaman lelaki saya. Dia memang penuhi ciri2 lelaki idaman saya. Tinggi, kurus, xputih muka sedap mata memandang. Yang penting, bila dia senyum, saya sendiri cair. Hahaha.

Antara fakta2 tentang suami saya bukan pujian ye. Ini sume fakta bukan auta. Untuk en suami, ini ikhlas dari hati saya si isteri. Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat dan awak tak berubah. Insyaallah..

Nota kaki : Qaisara demam.Papa demam.Mama sihat walafiat.

No comments: