Hai semua...
Saya sekarang nak update entry pasal percutian plak, selain dari cite pasal rumah kan. Firstly saya nak bagitau tujuan saya tulis entry pasal Percutian bukan lah ingin menunjuk2 saya bercuti bagaikan, just nak kongsi best ke x tempat yang saya pergi tu. Jangan salah sangka ok.
Awal bulan Mei haritu saya ke Melaka. Tinggal di Bayou Lagoon Melaka. Bayou Lagoon ni hotel dan juga taman tema sekali. Saya beli voucher di groupon dan juga living social (xsilap) untuk 2 hr 1 malam. RM168 semalam. Murah kan? Saya pun beli lah dan saya kena tambah RM50 cuz saya ada ambik 1 malam weekend (Jumaat-Sabtu). Bayou Lagoon ni tak jauh dari Tol Ayer keroh, kalo first time pergi memang akan sesat macam saya..hehehe.. Sampai je hotel, saya terus tunjuk voucher dan inform nama lah kan. Sebelum tu saya da buat booking dulu lah melalui email. Then reception click2 kat pc dia tu then mintak saya bayar RM50 untuk extra charges tu. Bagi kunci bilik dan selesai check-in. Mudah gila ok! Bilik saya dapat ok, walaupun tak mengadap taman tema dia, tapi dapa mengadap swimming pool hotel sebelah yg baru..hahaha. Ok lah kan. Bilik bersih, toilet xde bathtub sume ok, ala kadar je bilik air dia. But, saya rasa selesa maybe hotel baru kan dan saya harap pihak hotel akan terus kekalkan kebersihan bilik.
Taman tema dia xdelah besar macam sunway lagoon tapi letih gak saya nak naik sume slide kan. Saya rasa mereka masih buat pembinaan untuk taman tema tu maybe akan lebih besar dan makin mahal harga nya..Slide dia memang sume best2. Best gila. Air laju je tolak, xde r tersekat2 kat tgh2 slide ke ape ke kan..huhuhu.. Kolam yang tengah dan besar tu sangat sejuk air dia, xtaulah kenapa sejuk sangat, mengigil2 dalam tu. Cuma 1 je lah yang saya nak komen, kolam xberapa nak bersih..masih lg ada serangga2 kecik..takut serangga tu hidup dan gigit anak2 kecik kan. Maybe sebab kolam tu terlalu besar kot tu yang diorang tak boleh nak bersihkan sume.Maybeeee...
Keseluruhan saya bagi 3 out of 5 dan insyaallah saya akan pergi lagi ajak emak dan anak2 sedara saya. Pergi ramai2 baru enjoy berswimming lame2.
Disebabkan terlalu lama saya tak update, so jangan lah terkejut bila hari ni saya update berEntry2..kihkihkih. Bukan ape, yelah macam yang semua sedia maklum, sejak saya keje di sini memang kena kejar dateline memanjang. Sebenarnya ada 1 report lagi yang saya kena hantar besok tapi disebabkan saya menanti data dari budak map, so sempatlah saya mengupdate 2 3 entry harini. Ahaks..kelazz ko kak ton.
Nota kaki : Kegembiraan yang tidak diduga.
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






No comments:
Post a Comment