Hai semua sweetie dan gojes2 sekalian..
Cewahhh..da ada trip nya entry skang..tak hagak2 kan.. Hehehe.. nak gak..syik baca trip orang lain je. Kami bertolak ke Bali hari Khamis (5 September 2013). Flight kul 9.15am xsilap. So makesure kena ada sana jam 7am lah kan. Kami bertolak dari rumah jam 6am..lebih2 sikit. Dengan senang hati kakak yang hantar dan perasaan tak sabar, kami bertolak dalam keadaan yang tenang. Nak dijadikan cerita, di highway PLUS (KESAS kot) sebelum exit KLIA, traffic slow dan tak bergerak. Waktu tu jam 6.58am macam tu. Lagi sikit je exit KLIA. Takpe, kami masih bertenang. Bila tengok waze, rupanya ada excident trailer terbalik dan tutup keempat2 lorong. Termasuk lorong kecemasan. So? Sume orang stop kete dan boleh bersiar2 di highway tu. Waktu tu perasaan tak tenang da. Mulut syik baca ayat kursi supaya permudahkan perjalanan kami dan kami tidak terlepas flight. Jam da tunjuk 7.30am, then 8.00am, then 8.15am, tapi kete masih tak bergerak. Tak boleh jadi! Luggage tutup 45minit before masa flight. Saya kelam kabut cari fon teksi untuk ambil kami diseberang jalan tapi memang tak dapat. Atlast encik suami melintas jalan dan tahan 2 3 teksi. Memang mencabar! Hanya 1 teksi je yang sudi hantar kami ke LCCT guna jalan Putrajaya. Ok, FINE! Kami pun dengan luggage nya, dengan hand luggage nya dengan anaknya berlari melintas jalan. 3 lane highway ye kami melintas. Oh sungguh mencabar. Kami tinggalkan kakak kami mgharungi jem tu dengan ucapan "pape call kami".
Naik teksi jam 8.30am. Bila ditanya teksi tu, pukul berapa boleh sampai, katanya 9.00am. OMG! waktu luggage da tutup. Memang buntu gila. Muka dalam teksi memang tak senyum n tak habis2 bdoa. Hellooooo...first time ni nak naik flight dengan suami. Sampai LCCT dalam 9.00am. Saya bawak Qaisara dan berlari. Macam cite Running man tu. Erk! Diorang suruh ke counter customer service terus. Sampai situ diorang memang tak kasi naik flight da dan kesimpulannya memang kami dah ketinggalan flight. Sedih? Tuhan je yang tahu bila pikir pasal duit. Then tanya berapa harga tiket untuk flight seterusnya. 10am RM800++, 3pm RM188. Memang tepuk dahi n tinggi suara lah dengan Air Asia cuz semua yang misflight tu sume dengan alas an yang sama, traffic jam sebabkan excident tu dan diorang memang tak kisah pun. Untung banyak gila Air Asia waktu tu. Kami bayar untuk jam 3pm. Bayangkan dari 9am-3pm kami di LCCT. uh! Penat gila. Kakak yang hantar saya tadi datang ke LCCT utk teman makan. Kihkihkih..cam kelakar plak, ye r kami beriya melintas jalan naik teksi sume bagai bayar RM100 sume, atlast jumpa dia balik kat LCCT. Cam bodoh pun ada. Hahaha. Takpe lah, da takde rezeki duit kami kan. Redha je lah.
* Sepanjang di LCCT..Qaisara da flat.
*Da boarding da waktu ni n Qaisara pun da bangun tido.
Penat jangan cakap lah, tapi tu sume pengalaman untuk saya dan suami. Bukan sahaja pengalaman tapi pengajaran gak. After this memang nak naik train or bas je ke LCCT or KLIA. Kami tiba di Denpasar, Bali jam 7pm macam tu. Kami terus ambil teksi ke tempat makan sebelum check in di Hotel. Waktu sampai tu memang takde mood nak ambil gambar n makan pun ala kadar je.
So, besok saya tambah entry Bali 2013 - Day 2 plak ye.
Syukur Alhamdulillah wishlist tahun ni semua da tercapai. Syukur sangat ya Allah.
Nota kaki : Qaisara sangat baik. Tak sabar untuk next trip plak.








No comments:
Post a Comment