CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, November 19, 2013

:: #4 Deko Rumah - Mengecat & Grill ::

Hai semua si cantik2 dan si kacak2..
 
Kemain rajin plak kan duk menaip sejak 2 menjak ni. Eh bukan ape..sebenarnya tengah releks sikit ni, almaklumlah project yang besar da submit last week. So this week kena wat drive time je. Ala...drive time..sapsapsui je.. kahkahkah.. gila berlagak kan. Kalo bos baca nahas!
 
Harini nak cerita pasal mengecat dulu before grill. Asal rumah ni kaler oren kat bawah putih kat bahagian atas.. Kami nampak cam surammmm jeee...cam xcantikkkk je.. hehehe. Then kami decide lah nak tukar cat kan. Kami decide nak kaler KELABU ataupun kata omputehnya GREY. Memang sebelum ada rumah lagi lah da berkenan dengan kaler KELABU ni, almaklumlah rumah orang2 kaya n developer2 besar kan kaler ni. Kita developer kecik je, dia letak lah warna oren. Hehehe.
 
Aktiviti mengecat dan grill rushing hanya disebabkan ketibaan sofa. Sepatutnya sofa sampai 26 Oktober, tapi tiba2 orang tu nak anta awal sehari 25 Oktober jatuh hari Jumaat. Aih..memang kelam kabut sebab waktu tu developer baru selesaikan keje repair defect kan. Kalo sofa da sampai, grill kena pasang da. Ye lah, macam saje nak serahkan harta kat pencuri lah kan kalo xde grill. Tanya cina grill bila boleh pasang, dia cakap xcat lagi. Paling cepat hari Isnin 28 Oktober. Alamak, camne kan..xpe lah..tawakal je lah 3 hari tak bergrill rumah tu.
 
So, sebelum grill, kita kena cat dulu dinding rumah. Sebab nanti bila grill da pasang, nak cat susah dan mungkin terkena grill kan. Khamis tu saya halfday, sebab batuk dan demam. Jumaat dapat mc, encik suami plak memang cuti Jumaat tu. Jumaat tu pagi2 kami pergi beli cat sume. Lama gak kami kat kedai cat tu sebab terlalu banyak kaler kelabu. Kami decide ambik kaler River Bank. Then da selesai beli trus balik, orang sofa da call cakap da nak sampai. Mujur kedai cat tu xjauh dari rumah kan.
 
Kami pun gigihlah mengecat dinding luar depan dan belakang hari jumaat, sabtu dan ahad. Pastu cat plak panel tingkap dapur sebab panel tingkap tu kaler coklat, kalo letak grill kaler putih macam xkena kan? Hahaha...Nampak x kami cam cerewet? Tapi memang betul lah sebenarnya..alang2 masuk rumah baru dan nak cantik kan. Tapi memang penat gila! Tapi uolls nak tengok x camne kaler kelabu kami? Cam gambar kat bawah ni lah..ala2 kaler biru dan hijau tau.. Nak menangis? Nak g tukar kaler? Xperlu! anggap je itu takdir! Hahaha... Kami suami isteri asyik puji je, eh cantiklah kan umah kita..cantiklah..hahaha.. dalam hati? menangis..
 
Eh dalam ni Nampak plak cam kaler kelabu tapi realnya x..betul....
 
Sebenarnya nak kaler kelabu lain..tapi..redha je lah.. So untuk pembaca semua, jangan bulat2 percaya kat katalog tu! benci tau! Dalam katalog kelabu, real jadi kaler biru hijau plak..aih..menci lah macam ni!
 
Mujur ada pakcik tu cakap...da macam rumah2 Sime Darby plak..hahaha..dia perli ke ape ke xpasti lah kan. Hahaha.
 
Grill kami, kami tempah dengan cina depan umah emak je. Tanya dia, berapa dia nak quot, bawak dia datang umah, ukur then dia quot lah. Kami ambik besi biasa je, bukan wrought iron ke ape ke. Kami nak kaler putih. Design tu plak kami jumpa waktu jalan2 kat 1 taman kat klang ni. Nampak cam simple dan dalam masa yang sama sweet gila. Cuma yang kami jumpa tu daun dia banyak, tapi saya kurang kan. Dan before cina ni letak2 daun dan bunga tu, dia panggil saya datang bengkel dia dan tunjuk design macam mane saya nak. So saya test lah 1 1 bunga dan daun yang diorang ada kan. Saya xpasti lah yang kami jumpa tu guna daun dan bunga yang sama ke x kan. Janji design tu menepati citarasa saya..cewahhhh...tiru orang punya pastu edit sikit2..hehehe.. Macam cite kat atas tadi, grill siap pasang 28 Oktober. Dan selamat sikit sofa kami...Alhamdulillah. Hahaha..
 
Itu je lah entry mengecat dan grill. Untuk sofa, lain kali lah cerita ye.
 
Nota kaki : Kalau aku kaya, hari hari hari raya..

1 comment:

Laily Zuwan said...

cantik dah rumah dia... hehhee...