CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Monday, January 27, 2014

:: Soft Structure Carrier ::

Hai uolls..

Kemain sampai 2 entry tulis kan..nampak benor takde keje..eleyy...releks lah..kata besok nak mc. Kahkahkahkah..boleh gitu..

Ni nak cerita pasal Soft Structure Carrier (SSC). Uolls tahu tak ape benda ni? Saya pun tak tahu dulu..saya tau yang gendong2 baby tu orang panggil carrier je. Fullstop. Rupanya carrier tu ada banyak jenis. So antaranya ialah SSC ni lah. So ape tu SSC?

Soft structured (SSC) or buckle carriers are a modernized version of the mei tai that borrows from hiking pack technology to create a quick, more structured carrier.  They are probably the most widely used carrier at the moment with new brands becoming available rapidly and well known brands making their way into more mainstream/big box stores.  What should you know about SSCs? copypaste from becomingmamas.

So sekarang ni memang banyak sangat brand untuk SSC ni antaranya Boba, Ergobaby, Snugbaby dan macam2 lagi lah. Harga semua boleh tahan mahalnya. Sebelum ni saya dan encik suami hanya tahu brand untuk carrier je iaitu Babybjorn dan juga Lascal. So yang lain memang lah tak tahu kan.

Untuk pregnant kali ni terpikir nak beli carrier untuk baby. So nanti g travel takdelah mama dia ni sakit pinggang + kaki mendukung camtu je kan. Sebab haritu ke Bali kan duk mendukung kakak Qaisara kan, memang penat sangat2 lah kan. Elok plak dia taknak ngan papa dia waktu tu..emm..memang saje kasi mama dia kurus keringlah..hahaha.. So, kami decide nak beli carrier babybjorn lah untuk preparation kan. Da itu je pun yang tahu kan. So kami belilah kaler merah. Bila da beli, ntah macam mane tergerak hati nak tahu pasal SSC plak. Adoi..saya memang sentiasa xtetap hati bab membeli belah ni. Hahaha. So search gak lah pasal keburukan babybjorn ni, ada yang cakap kan tak elok untuk baby sebab cara dia duduk tu wat structure badan baby sakit lah itu lah ini lah. So tengok plak kebaikan SSC ni. Kedudukan baby bila guna SSC ni baguslah kan terutama support tulang belakang baby kan. So...kami tentulah nak yang terbaik kan untuk anak2 kami decide untuk beli SSC. Tapi SSC yang mane? Ergobaby ke, Boba ke, Snugbaby ke..Duk lah survey lagi..survey lagi tu. Tanya kat kawan, baca blog. So kami decide ambik Boba. Boba banyak jenis, yang mane satu? Survey lagi..hahaha..AKHIRNYA kami pilih Boba 3G. Kenapa 3G? Kenapa bukan 4G? Sebab kami da cuba 2 2 dan tengok memang xde perbezaan pun. Perbezaan cuma ada macam bantal dia provide dalam carrier tu. So pendapat encik suami, if benda tu hilang, da xbleh guna da kan. So no point beli mahal skit tapi not function. Itu pendapat kami lah ye..pendapat orang lain kami xtau. Then kami pun jual lah Babybjorn dengan harga yang rendah, syukur ada yang beli dan kami pergi beli Boba 3G di Fabulous Mom di TTDI sebab situ je yang ada Boba 3G dengan kaler yang kami nak. Waktu tu ada sales berapa percent ntah so dapatlah harga RM350 xsilap..lupa..Puas hati dapat beli.

Sebab lain kami beli Boba 3G gak sebab boleh guna untuk Qaisara gak. Sebab kami tahu, yang Qaisara akan nak naik gak benda tu if tengok adik dia naik. Kalau Babybjorn, Qaisara xboleh naik. So oklah kan. Hehehe. Ni gambar saya dukung Qaisara guna Boba 3G. Happy je dia duk belakang tu. Hehehe. Wat masa ni masih xde review dari saya mengenai Boba 3G sebab si adik tak keluar lagi. Nanti adik da keluar dan kami da gunakan, insyaallah saya akan buat review ok.

No comments: