Selamat tengahari blogger dan pembaca sume..
Tinggal 10hr je lagi kita nak sambut puasa. Amacam, da prepare ke belum stamina utk berpuasa. Saya rancang nak puasa penuh tahun ni. But how? Itu yang saya xtau tu.. Hehehe.. Semoga kita diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa, terawih n amalan2 sunat yang lain. Insyaallah.
Ok. Berbalik kepada tajuk entry tu. Semalam saya keluar dari office lebih awal. Nak cari ink untuk printer di office. Buntu da nak cari ink Lexmark tu. Akhirnya saya ke GM klang. Maybe ada kedai2 komputer kat situ. Dalam masa yang sama, dalam lah cuci mata sikit untuk baju anak2 ni. After cari ink tu 1 GM, xjumpa pun. Sume kedai komputer xde jual. Xglemer ke ape ink ni. Bos sila tukar scanner tu. Pastu terus lah ke kedai baju baby2 ni. Kat GM kan dikenali dgn barang2 yang dijual secara borong. Kalo beli banyak, lagi murah lah kan. Tapi nak beli banyak buat ape, bukan niaga pun. Jalan lah 2 3 round. Niat hati nak belikan rompers utk si Uwais. Dapatlah beli 1 set rompers. Pusing2 tiba2 terjumpa plak ipad. Punya lah comel ipad tu. Tekan2 then ada kuar bunyi. Version English n Indonesia. Kalo nak ajar anak2 bahasa endon, boleh lah beli. Hehehe.. 'Ayuh kita semangat sikit..' :p. Saya pun tanyalah harga. Wow!!!! Terkejut saya. Murah kot. RM10 je. Ok! Saya nak beli sepoloh. Hehehe. Saya ambik 2. 1 tu utk Aleesya, si Apis suh beli kan.
Saya eksaited lah bawak IPAD balik umah. Jalan sambil hayun2 tangan. Gembira gila. Hehehe. Sampai umah, kakak saya terkejut. "Ko beli ipad win?" "Aa" "Banyaknya duit ko" "Orang beli 2". Terus dia xcaya tu IPAD ori. Hehehe. Encek suami terus pasang bateri n bagi Qaisara main. Tangan dia atas ipad tu cam cakar2 tu. Apeda. Bukan nak tunjuk guna satu2 jari. Hehehe. Punyalah dia gembira dengar bunyi2 tu. Mama n Papa tersenyum lebar. Tapi kegembiraan tu sekejap je, lepas tu ipad tu diguna untuk pukul semut kat lantai. Ko hado? Adoilah Qaisara, mujurlah RM10 je. Kalo ribu2 tu mau menangis mama meratapi perbuatan Qaisara tu.
Nota Kaki : Ipad ribu2 nanti Qaisara beli sendiri ye. Belikan untuk mama 1 tau!
Sent from Jazwina BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






4 comments:
mana beli ipad tu?macam best lak..
hi mixzan, jaz beli ipad tu di GM Klang..murah je..rm10.best utk anak2 yang suka dgr music2 tu kan..
ipad ni mmg best tapi mahal... nak beli tunggu keje la.. hihik
ipad original mmg best dik Deno,but yg Qaisara ni x berapa nak ori sangat..hehehe..Deno nak beli yg Qaisara punya ni pun bleh..mampu.. :p
Post a Comment