CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Monday, July 9, 2012

:: Salah!Mengandung Setahun Sorang ::

Selamat pagi kawan2..

Pagi ni bukak FB tiba2 ternampak lah status yang menusuk ke kalbu ku. Wahh..kalbu katanya. Ya! Uolls pernah tak kena bebel dengan emak2 uolls? Pernah? Kalo xpernah, xpe.. Bukan saya xkasi baca langsung pun entry ni kalo xpernah kena bebel. hehehe. Saya bersyukur kerana saya hidup dalam keluarga yang da berumur. Emak saya umur 64Tahun. Hidup saya penuh dengan kata2 orang2 tua. Sebagai contoh, jangan makan bertatang, nanti suami syik kena tatang ngan orang sana, ngan orang sini. Saya sentiasa macam ada perasaan ragu2 kalo dengar kata2 camtu, tapi saya tetap ikutlah. Emak saya hidup dengan pelbagai pantang larang. Disebabkan dengan pendidikan yang emak saya berikan, saya mudah disenangi oleh orang2 tua.

Tapi entry kali ni lebih berbau kepada perkahwinan. So orang yang da berkahwin, boleh ambik jadikan pengajaran, yang belum berkahwin pun boleh ambik sebagai pembelajaran.. hehehe.. Da kahwin, mengandung n dapat anak. Orang2 tua akan cakap jangan mengandung setahun sorang, jarak2 kan sikit. Kalo 2 tahun sekali tu, xpe lah. Agak2 orang2 tua tu saje cakap macam tu ke ape? Ke sebab dia xde anak, so jeles orang beranak setahun sorang? Kamon lah, orang2 tua ni anak jauh lagi ramai kot dengan orang2 muda sekarang. Lepas saya bersalin, dalam pantang emak saya cakap kalo boleh, jarak2 kan anak. Waktu tu, dalam pikiran saya, ofkoslah jarak kan..sakit kot bersalin. Orang buang big water pun sakit kan. Apetah lahirkan baby yang besar nya..emm uolls dapat bayangkan lah kan. Then, saya berurut dengan nenek ni, dia pun cakap benda yang sama, jarak kan anak. So, saya pikir kenapa orang2 tua ni selalu pesan macam tu? Mesti ada sebabkan. Sebenarnya saya nak anak setahun sorang, then jarakkan 3 tahun pastu baru tambah lagi. Tu dalam pikiran saya lah. Tapi bila da emak saya sound camtu, saya terpaksa akur.. hahaha..

Kenapa kena jarakkan anak no 1 dan anak no 2? Kenapa? Meh sini baca untuk orang yang duk cakap BODOH tu..

1. Bertujuan supaya dalaman orang wanita ni betul2 baik. Anda tahu tak, setiap kali bersalin tu, segala yang ada dalam badan kita da berubah. Ni pikir logik lah, xde unsur2 sains ke ape, sebab saya pun xpandai sains sangat. Dah berjahit bagaikan. Sedangkan kalo tangan kita luka skit pun ambik makan masa seminggu nak baik, kan kan kan. Inikan plak berjahit kan? Kalo yang normal ampun lagi, kalo yang operate? Berlapis2 kot berjahit. Orang lelaki ni memang ada nafsu mereka. Kita boleh slow talk dengan mereka cakap macam mane keadaan kita, insyaallah diorang paham. Kalo tak paham, meh pisaukan lengan dia, pastu jahit. Tengok camne raungnya kat kita. 100 hari je puasa, xkan tak boleh bang..kamonlah..

2. Anak no 1 tu kecik lagi, kesianlah. Ok, ada yang cakap nak kesian kenapa, nanti dia ada kawan. Memanglah dia akan ada kawan, kalo selama dia setahun, dia duk berkepit bawah mama dia tup2 dia kena tido ngan papa dia plak sebab ada orang lain duk berkepit bawah mama dia, kecik tak hati anak tu agaknya? Lagipun susah kat kita yang jadi mama ni gak. Kenapa? 1 sebab nak kena uruskan yang baru lahir tu, 1 lagi mesti nak uruskan yang no 1 gak kan. Suami memang tolong, tapi no 1 tu mesti nak dekat mama je. CONFIRM! percayalah cakap saya.

Dua je r sebab besar yang saya nak bincangkan kat sini. Bukan tak boleh mengandung setahun sorang, boleh. Tak jadi masalah, setahun 3 orang pun boleh. No problem. Sebab yang susah nya adalah anda. Cuma kat sini saya nak tegaskan, ORANG2 TUA bercakap ada sebab! So tak perlulah uolls nak marah ke, nak terasa ke, ape ke. Memang uolls tak menyusahkan mereka, tapi mereka kesian kat SI PEREMPUAN! Ada pelbagai cara, ubat untuk elakkan mengandung lagi. Pil perancang and so on. Semua tu terletak pada diri kita. Tapi, kalo da kita ambik pil perancang n plan sume tapi masih nak melekat gak, itu rezeki namanya. Saya tak menolak rezeki, orang2 tua pun xmenolak rezeki, tapi tulah, mereka cuma kasihan kan kita orang perempuan. So, pikirlah positif, jangan asyik cakap benda tu kuno atau ape. Orang2 tua sangat sensitif, so jaga percakapan anda.

Entry kali ni bukan saja untuk peringatan sume, tapi untuk peringatan saya juga. Saya terlalu sayang emak saya. Saya percaya, suatu hari saya akan bercakap macam tu jugak kat anak2 saya. So, jangan anggap pikiran orang tua tu ketinggalan zaman.

Nota kaki : Qaisara tambah gigi lagi..yeah!

No comments: