CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Friday, October 19, 2012

:: Emmm... ::

Hai blogger, reader sume..

Knp tajuk entry 'emmm..'? knp? dan knp? Sebenarnya saya sendiri xtau nak tulis ape tajuk entry harini. Hehehe.. Jangan marah2, tarik nafas panjang2 n sabar.

Alhamdulillah saya da selesai da renovate blog saya ni. Kemain renovate kan..padahal tukar gambar kat atas tu je. Bak kata mummy, tu pun kecoh! Hahaha. Eloooo...nak edit tu memerlukan masa dan kepakaran yang terpendam tau. Bukan senang nak sama kan lain gambar tu, kebesaran gambar tu. Bukan senang dan bukan senang. :P . Gambar tu gambar saya sekeluarga lah. Dan ofkos yang ada 3 gambar tu gambar si Qaisara. Nampak x peel budak kecik ni? Qaisara ni yang saya perasan, kalo saya ambik gambar dia, confirm x senyum. Buat muka manis pun xnak. Tapi kalo ambik gambar n kamera tu mengadap dia, tersengih kemain. Siap wat aksi bagai. Tapi, gambar yang paling saya suka setakat ni adalah gambar dia pakai sunglasses papa dia. Kemain lagi muncung kedepan takut spek tu jatuh. Hahaha. Nak oiii, kalo da hidung tu xmancung, buatlah muncung panjang mane pun, spek tu ttp jatuh.. :P

Eh uolls, tahu x pasal HnM? Honestly mula2 saya ni xtau lah ape kebenda lah HnM tu. Murah ke, mahal ke, branded ke? Almaklum lah, kalo brand utk budak2 yang saya tau Poney, kalo utk mak budak yang saya tau PasarTani Seksyen13. Hehehe. Then last week g r jalan2 ke Setia City Mall. Sekarang ni saya n encik suami suka jalan2 da. Ye lah, Qaisara kan da boleh berjalan. Seronok tengok dia jalan2 xstabil tu. Hehehe. Ok berbalik dengan cerita HnM. Da sampai Setia City Mall tu memang bajet nak g HnM ni lah. Nak tengok2 ape yang ada jual, macam mane barang dia, harga dia sume. ecehhh.. Masuk2 je macam biasa r, menonong je laju ke tempat budak2. Almaklum lah emak emak kan, macam ni lah. Tak pandang langsung baju saya tau! Orang memang penuh gila, nak test baju bleh plak Q kan. Kalo kaunter bayar jangan cakap lah Q ke tak. Lagi buat saya ragu2. Cantik sangat ke? Murah sangat ke? Lagi laju r langkah ni ke area si kecik tu. Sampai je...OMAIGOD! rambang mata. Tapi sabar..rambang mata dulu tengok baju2 si kecik. Tengok plak pricetag. Lagi lah OMAIGOD!!!!! Murah kau! Eloooo...kalo Jazwina Kulal yang cakap murah, maksudnya murah lah! Hehehe. Ok, sila bayangkan ye, baju kemeja jeans (blouse jeans) utk Qaisara baru RM39.90. Murah x? Kalo butik2 budak2 ni jangan harap lah nak dapat harga bawah RM100. Serius! Kalo FOS belum tentu dapat bawah RM50. Mata saya terus cam xtentu arah. Mane nak g ni, baju mane nak tengok ni. Aih..betul2 rasa nak pitam dibuatnya. Hehehe. Poyo kan? Bertambah pitam bila cakap ngan encik suami nak belikan Qaisara blouse jeans tu encik suami terus terbeliak kan mata! ok..saya xbeli sekarang..(cakap dlm hati,tunduk kepala smbil berlalu pergi..)..tapi hujung bulan saya beli ok!hahahaha. Ofkos lah dia xkasi, baru je minggu lepas beli 3 pasang baju anak dara tu kan. Ok! Peringatan untuk sesape yang nak mengandung, sila mengandung anak lelaki kalo x, anda akan jadi gila cam saya gak. Hehehe. Takdelah.. Tu sume rezeki tuhan nak bagi kan, lelaki ke, pompuan ke kita time dengan ikhlas dan besar hati. Kalo pompuan, memang otak saya ligat cari pink pink princess princess..kan.. Tapi kalo lelaki plak, saya akan dia kemeja, jeans pendek..eceh..berangan kemain. Ok berbalik dengan cite HnM tu, tempat dia saya rasa mcm ohsem gila. Lebik spesifik tempat budak2 lah sebab tempat org dewasa ni saya tak tengok sangat kan. Sesape yang lebih kurang macam saya, katak bwh tempurung bleh lah intai2 web dia kat sini. Hehehe. Kalo x ohsem jangan marah ok. Lain org lain citarasa. Oklah bai!

Nota Kaki : Blouse jeans..blouse jeans..blouse jeans..blouse jeans..(termimpi2 ok..kihkihkih)

No comments: