CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, October 23, 2012

:: Rezeki ::

Hai semua...

Ok,memang blog saya da berubah. Tak perlu tanya kenapa. Saya yang ubah setting sendiri. Sebabnya bila saya tengok bahagian nak baca tu cm kecik sangat..kalo xrabun kot ye lah bleh nampak kan.. Kalo rabun cam saya ni? emm..xdapat lah eden nak menolong..

Berbalik ngan tajuk entry tu kan..Rezeki. Kononnya semalam lah nak menaip entry ni kan. Tapi disebabkan saya ni rajin lah sangat kan so x tertaip lah. Eh tapi sebenarnya saya sangat2 bz semalam sampai lah pagi tadi. Ada tender yang nak dihantar. Due tender kul 12pm harini. Oh macam biasalah kalo ada tender, sebutharga, saya memang macam org xberapa nak betul lah. Kelam kabut. Waktu tu lah gunting xjumpa, dokumen xjumpa. Sume benda lah nak hilang waktu saya tengah kelam kabut kan. Mengada! Eh da tersasar jauh da pasal entry ni. Ok semalam saya ada terbaca entry kat blog mak neng . Entry pasal rezeki cahaya mata.

Sebenarnya orang kat Malaysia ni memang sangat prihatin bab2 hal peribadi orang lain. Sungguh. Saya tak tipu tau! Bila orang xkawen lagi sibuk lah duk tanya orang bila nak kawen. Ok orang tu da kawen. Bila da kawen sibuk plak tanya awatlah tak dapat anak lagi. Ok orang tu da ada anak. Bila da ada anak, orang sibuk lagi bertanya bila nak tambah anak, orang lain sume da tambah da. Prihatin kan?(mata kat atas tangan kat bahu). Soalan2 ni pernah ditanya kat saya tapi skip skit yang bila nak ada anak tu. Diorang xsempat tanya, tup2 da ada da. Ekspress ok. hehehe. Tapi sekarang ada lagi yang tanya bila nak tambah lagi. Si polan anak da 2, yang si polan ni da nak masuk 3, yang si polan lain tengah mengandung anak no 2, yang ko?ado? hehehehe.. Saya jawab senang je, ala..Qaisara kecik lagi. Sekarang boleh lah cakap Qaisara kecik lagi, kalo da besar nanti saya nak jawab ape ek? Sebenarnya saya tak ambik port pun benda ni, especially orang2 tua kan. Bukan saya tak nak anak ramai. Kalo boleh nak duabelas. huhuhu. Tapi tu sume kan rezeki yang tuhan beri. Orang duk tanya saya, saya makan pil ke, cucuk ke, ikat ke? Oh tak lah..saya xbuat sume benda tu. Saya rancang secara tradisional. Ada caranya. Kalo ingin tahu lebih lanjut sila hubungi 013-2xxxxxx.. Hahaha..ye ye je kan.  Tapi betul, saya tak ambik sume tu kononnya saya takut gemuk. So,saya rancanglah sendiri tapi gemuk gak.. Dan ianya sejajar dengan rancangan Allah SWT. Rancangan DIA jauh lebih hebat kan.

Ni cerita pasal rezeki anak. Rezeki lain pun sama jugak. Rezeki dapat kerja, rezeki dapat bonus. Tu sume rezeki. Tuhan beri secara adil dan saksama. Ada yang xde rezeki anak, tapi duit melimpah ruah. Ada plak yang anak ramai, tapi kerja susah nak dapat. Kan? Tak kisah lah ape pun rezeki yang kita dapat, bersyukur lah.

Sejujurnya memang saya nak tambah anak lagi, tapi tuhan masih tak izin kan. Mula2 saya rasa macam frust sikit, tapi saya pikir positif, kalo saya mengandung untuk 2nd baby, macam mane saya nak harungi hidup saya?maksud saya dari segi pekerjaan. Memang kerja saya da selesa sekarang. Tapi saya perlukan kerja untuk masa hadapan. Memang betul encik suami kerja da ok, gaji da besar n mampu tanggung saya dan anak. Tapi, kehidupan sekarang da berlainan tau. Sume perlukan duit. Pendapat saya, no more housewife sekarang ni. Hehehe. Sebab sume nak guna duit. Yang emak2 confirm lah nak belikan anak macam2 kan. Nak beli barang dapur bagai. Ye, memang betul itu sume tanggungjawab suami, tapi xsalahkan kalo kita membantu suami kita meringan kan beban dia. Kalo suami sorang keje duit da banyak, kalo suami isteri kerja confirm lah duit bertambah2 banyak kan..hahaha..Habis tu da banyak sangat kan benda yang diimpikan, tak kan lah suami tu sorang nak tunaikan impian tu. Sama-sama lah..Dan mungkin sebab tu tuhan masih tak izinkan. Maybe, hanya DIA je yang tau rancangan DIA. Kan..

Untuk yang x gemar ape yang saya cakap pasal suami tu, saya mintak maaf ye. Itu pendapat saya. Bagi saya, saya tak nak tengok suami saya susah payah kerja bagai sedangkan saya goyang kaki kat rumah. Hujung bulan mintak duit. Xmaulah..elak kan ye. Kesian dia penat g keje.Tapi kalo suami kerja, isteri jadi housewife n wat bisnes, tu xpe. Ada rezeki tambahan kan. Ala..pendapat masing2 lah. Kalo korang tak suka ape saya tulis, xyah baca lah. Da bye!

Nota kaki : Tengah tunggu rezeki duit ni..duit duit duit...

1 comment:

Dayang Deno said...

nampak lain blog ni... tapi better mcm ni senang baca :)