CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, November 20, 2012

:: Banyak Masalah ::

Assalammualaikum semua..

Semalam saya da post Wordless Monday. Letak gambar si budak kecik tu dengan slogan Banyak Masalah. Hehehe. Sebenarnya kita xboleh lari dari masalah kan?

Aih...saya jeles, saya dengki, saya iri hati, saya rasa nak hentak2 kepala, saya rasa lemah, saya rasa benci bila dengar orang naik gaji, bila dengar orang naik pangkat, bila tengok kawan2 berjaya. OMAIGOD! saya masih disini. Masih lagi mengharap satu hari nanti saya akan jadi seperti mereka, satu hari nanti saya akan bangga kan emak, suami dan Qaisara, satu hari nanti saya akan berpangkat tinggi, satu hari nanti saya akan hidup senang. Saya tidak berpeluk tubuh dan hanya melihat kejayaan mereka, malah saya usaha untuk mencari kerja yang terbaik untuk diri saya. Saya usaha menghantar resume ke berpuluh2 syarikat yang ada jawatan kosong. Tapi ianya bagaikan sia-sia saje. Adakah waktu saya masih belum tiba? Bukan waktu saya untuk mendapat gaji yang setimpal dengan pendidikan saya? Kadang saya berfikir, mane silapnya.. Pendidikan? Saya punyai ijazah. Keputusan pendidikan? Saya dapat 2nd upper class. Pengalaman bekerja? Sebenarnya saya bekerja hampir 5 tahun. Cuma pelbagai syarikat? Kenapa? Kerana sumenya kontrak! OH! salah saya ke bertukar2 kerja? Jika saya tahu macam ni kesudahan nasib saya, saya akan kekal kerja di Kilang pada tahun 2008 sebagai kerani dengan gaji RM1300. Mungkin sekarang saya da naik pangkat. Mungkin sekarang gaji saya da naik mendadak. Siapa tahu? Hanya tuhan je yang tahu. YA! Tuhan sahaja yang tahu, Dan ini sume adalah rancangan Tuhan. Tuhan jugalah yang merancang untuk saya bekerja seperti ini sekarang. Mungkin ada hikmahnya. YA! saya menangis! menangis bila mengenangkan nasib saya. Saya usaha untuk hidup senang, tapi saya tak memilikinya. YA! saya tahu! saya bersyukur dengan ape yang saya ada sekarang, tapi setiap manusia ada impian kan? Impian untuk jadi orang berjaya. YA! saya juga begitu! saya bercita-cita untuk jadi Perangkawan ataupun Pensyarah. Tapi, bayang2 pun takde apetah lagi mencapai nya. UH!

Berbalik dengan ketentuan Tuhan. Tuhan telah berikan saya segala2nya. Tidak mudah untuk Tuhan berikan segala yang saya inginkan. Kita minta dan doa macam2, tak semudah yang disangka untuk Tuhan tunaikan.

"Ya Allah, berilah kesenangan, kebahagian untuk aku dan keluarga ku. Lindungilah kami dari segala azab api neraka. Jauhkanlah kami dari melakukan perkara2 yang mungkar Ya Allah. Ya Allah, sesungguhnya hanya kau yang tahu baik dan buruk setiap dugaan yang kau berikan kepada kami. Semoga kau perkenankan segala doa ku seperti mana kau perkenankan segala doa orang2 yang soleh..amin.."

Nota kaki : Saya akan lebih berusaha.

1 comment:

shesbungalily♥ said...

sabar yer dear.. Allah lebih mengetahui..mana tau Allah takut kite lupa diri bile dah senang... so bile susah die bagi masa kite beringat.. :)