CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Friday, November 23, 2012

:: Hutang ::

Assalammualaikum dan salam jumaat sume.

Saya puas lah memikir ape tajuk yang patut saya tulis untuk entry kali ni. Ye! saya da jumpa! Hutang! Sebab terlalu ramai cakap pasal benda alah ni kan.

Saya rasa sume orang pernah berhutang kan? Kaya ke, miskin ke. Sume pernah kan. Dengan orang, dengan bank. Macam2 lagi lah. Tapi, bila da berhutang reti lah bayar kan. Dan si pemberi hutang ni, tolong lah ikhlas bila nak beri pinjam duit kat kawan2 or sedara mara tu. Kalo tak ikhlas, tak perlu beri. Kalo da beri, xperlu canang satu dunia yang anda beri pinjam duit.Kalo da beri, xperlu tahu ape dia nak buat. Janji dia bayar kan? Ntah lah..

Saya memang banyak berhutang! Ye! saya mengaku. Dan saya menyesal berhutang dengan orang yang tak ikhlas beri pinjam. Adakah anda terpaksa? Bukan kah anda yang pelawa? Tak kisah lah semua tu. Yang pasti saya da bayar. Cuma masalah sekarang, kenapa anda perlu memerli, mengukit pasal hutang tu? Perlu ke? Anda tahu tak saya MALU sangat. Demi ALLAH. Sebab orang baca status dan komen2 anda sume tu diorang boleh tahu siapa yang anda tuju. Yang anda tuju, perli, mengutuk dan memalukan itu adalah SAYA! Memang itu tujuan anda kan? Saya tak tahu nak cakap ape. Saya pernah kacau anda bertiga? Pernah? Pernah saya kutuk2 anda bertiga? Pernah? Saya pernah mintak maaf kan dengan anda bertiga. Walaupun saya tahu anda sume tak maafkan saya, xpe. Saya paham! Saya seolah2 bunuh salah seorang dari keluarga anda semua kan. Tapi, satu je saya merayu kat anda bertiga, cukup lah anda sume mengutuk saya, memerli saya, memalukan saya. Saya ada suami, saya ada keluarga. Mungkin saya baca saya mampu menangis sahaja. Tapi bagaimana dengan suami saya?

Anda menyesal berkawan dengan saya, xpe. Saya tak kisah. Anda xmaafkan saya, xpe. Saya tak kisah. Tapi satu je saya mintak anda bertiga untuk beritahu saya andai ada lagi hutang saya dengan anda sume. Tolonglah. Saya tahu, ada antara anda bertiga yang baca blog ni. So, plz inform me. Ye lah, tak seronoklah kan kalo hidup saya da senang, nanti anda ingat barang2 saya pakai sume dari duit anda sume. Barang anak2 saya sume dari duit anda sume. Walaupun da bertahun benda tu kan. Kang sampai mati anda sume ungkit. Cukup lah.

Entry ni lebih kepada luahan hati. Peringatan untuk diri sendiri dan diluar sana, ape pun terjadi, bia lah kita dan keluarga kita sahaja. Kaya ke kita, miskin ke kita bialah kita bersama keluarga kita. Sebaik mana pun kawan kita, mereka tetap orang luar. Sekian.


No comments: