| Hai semua bloggers. 16.12.12 adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke2. 2tahun yang lepas, kami selamat dinikahkan oleh abang saya sendiri dengan hanya sekali lafaz. Syukur alhamdulillah, kami masih lagi bersama kasih mengasihi. Hehehe. Mungkin 2 tahun masih baru lagi usia perkahwinan tu, tetapi bagi kami, ianya terlalu bermakna dalam tempoh tu. Pelbagai pahit manis kami tempuhi bersama. Susah senang, menangis, gembira semua bersama. Dalam usia perkahwinan yang singkat ni, terlalu banyak dugaan kami hadapi. Mula dari lepas kahwin, saya disahkan mengandung kemudian saya disahkan tidak disambung kontrak bekerja. Saya usaha mencari kerja, bermula dengan kerja perangkaan yang pergi dari 1 rumah ke 1 rumah dalam keadaan mengandung tapi saya gagahkna juga naik tangga turun tangga. Itu sume semata2 untuk membantu suami. Siapalah yang nak ambik wanita mengandung bekerja bukan.. Susahnya rasa waktu tu. Kemudian saya dapat kerja di sebuah syarikat penyelidikan di PJ sebagai pegawai kontrak 3bulan. Kemudian disambung kontrak selama sebulan. Cuti raya dan kemudian saya bersalin. Bayangkan saya tidak bergaji hampir 3bulan. 30hari saya bersalin saya g interview. Dapat bayangkan x? Huhuhu. Pakai high heels kau.. Ko hado? Kalo saya tak silap, saya xhabis pantang lagi saya da mula kerja di damansara as telesales. Sangat mencabar untuk ibu baru bila mula bekerja. Susu banyak sangat waktu tu. Saya sedih cuz orang pernah cakap, bila anak menangis, susu ibu tu akan banyak. Aih, dugaan. Lebih diduga bila kerja tu terpaksa balik lambat sehingga 8malam tanpa dibayar OT. Setiap kali balik saya akan menangis mengenangkan nasib saya. Suami lah tempat mengadu. Masuk tahun kedua kami sebagai suami isteri. Suami xbosan teman saya g temuduga sana sini. Ada 2 3 tempat yang saya dapat tawaran tapi 1 je saya terima. Syarikat yang saya kerja sekarang. Saya kerja bersungguh2, tapi nasib tak menyebelahi saya, syarikat yg asal patut ditutup buat sementara waktu dan saya terpaksa dipindahkan ke syarikat 1 lagi dengan gaji dikurangkan. Oh tidak! Dugaan. Setiap dugaan yang menimpa diri saya, saya hanya mampu menangis sepuas hati dan berdoa pada tuhan. Itu je yang saya mampu. Akhirnya tuhan perkenankan doa saya selama ni. Insyaallah tahun depan saya akan mulakan hidup baru dalam pekerjaan yang saya nanti2 kan. Kehidupan kami pun mula senang. Syukur. Qaisara pun semakin besar dan semakin keletah. Dia lah kegembiraan kami. Selama 2 tahun ni memang saya yang menerima dugaan dan suami menjadi pyokong kuat saya. Tak lupa juga emak dan adik beradik. Semoga dugaan2 akan datang, kami dapat tempuhi bersama. Insyaallah. Semoga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat, jauhkan kami dari perasaan curang, sakit hati fan benci antara satu sama lain. Teguhkan lah ikatan kasih sayang kami Ya Allah. Amin ya rabbal alamin.. Sent from my iPhone |
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






2 comments:
biasala jaz.dugaan pasti byk kn.
anyway tahniah for next year job..
klu keje gomen msti best!
@aNa LiEyA kan...kalo gomen mesti rasa hebat gila..tp walau ape pun jaz bsyukur dpt keje ape pun..hehehe..
Post a Comment