Cewaahhh...kemain lagi pagi2 da nak buat entry camni kan. Kelazzz ko jahh.. Harini saya eksaited sikit. Gila tak eksaited! Besok cuti ok! Tapi untuk Selangor je lah, untuk yang diluar negeri Selangor, xperlu nak eksaited jugak ok. Hehehe.
Saya rasa semua orang ada cita-cita dan impian sendiri kan? Uolls tahu tak, saya ni seorang yang sangat lah bercita-cita tinggi. Tapi, bila rasa down, saya akan cakap dalam hati "emmm..takpelah. Jadi yang ala kadar je lah" Itu sound like tak bercita-cita tinggi kan? Dan saya seorang yang suka berangan-angan. Serius! Duduk sorang2 kat dalam bilik, duk lah pikir nak buat rumah macam ni lah, macam tu lah. Biasanya saya akan berangan untuk renovate rumah emak saya. Uh! Tinggi nya cita-cita saya. Cita-cita biasanya x tertumpu pada kerjaya kan? Banyak lagi yang di cita-cita kan. Ada yang bercita-cita nak kawen ngan anak raja kau.. Ko Hado? hehehe.
Antara cita-cita saya ialah nak jadi seorang Perangkawan. Which is itu tittle untuk kerja di bahagian kerajaan lah. Kalau swasta, ada banyak sikit gelaran untuk jawatan tu. Contoh Research Executive, Researcher, Research Analyst, Data Analyst dan macam2 lagi lah. Dan, dengan izin Allah insyaallah saya akan galas jawatan Research Analyst tahun hadapan. Syukur sangat. Inilah antara rezeki yang saya tak mampu ucapkan dengan kata2. Seriusly saya sangat terharu, bersyukur atas pemberian yang Tuhan berikan pada saya. Untuk pengetahuan uolls, saya da grad selama 4 tahun. Tahun yang ke 5 baru saya dapat status ini. Selama 4 tahun tu jugak saya tak henti2 berdoa supaya tuhan beri saya kerja yang terbaik untuk saya dan keluarga. Speechless. Kegembiraan bila dapat tahu yang saya di ambil bekerja saya xmampu nak gambarkan. Sehingga sekarang! Saya tersenyum. Saya gembira. Indahnya hidup saya. Walaupun saya tak tahu macam mane struggle nya saya nanti di tempat baru dan jawatan yang baru, tapi saya berasa sangat lega. Saya tahu, jawatan ini sangat lah mencabar. Lagi2 bila dia bagi offer letter, 2 page job description saya. Tak gila 2 page? Hehehe. Tapi, peluang hanya datang sekali. Inilah peluang yang saya nanti2 kan selama ni. Saya tahu, dengan accept offer ni, saya berisiko untuk BALIK LAMBAT, KERJA LEBIH MASA, OUTSTATION. Tapi, saya janji, dengan izin Allah saya dapat kerja ni, dan dengan izin Allah juga saya dapat bahagikan masa saya dengan Family saya. Saya sayang sangat2 Family saya. Saya tak akan abaikan mereka. Saya harap mereka paham. Saya harap saya dapat bina kerjaya saya bersama family saya. Insyaallah, dengan izin Allah semua pasti menjadi. Insyaallah juga saya akan kongsi rezeki saya nanti dengan emak saya. Insyaallah, tuhan akan izinkan segalanya.
"Pa, terima kasih kerana beri mama peluang untuk bina kerjaya mama yang mama nanti kaan selama 4 tahun. Terima kasih kerana sentiasa beri support. Terima kasih kerana tak henti2 inform mama mengenai jawatan kosong dalam bidang mama. Terima kasih kerana tak pernah kenal erti jemu untuk bawa mama g interview. Terima kasih kerana tunggu mama berjam2 di waktu interview. Mama janji akan buat yang terbaik dan bahagikan masa antara kerja dan keluarga. Insyaallah. Terima kasih juga sebab buat mama n Qaisara bahagia. Semoga hubungan kita kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Mama sayang papa."
"Emak, terima kasih atas segala doa emak untuk awin selama ni. Awin tahu, emak tak pernah henti2 doakan yang terbaik untuk awin. Insyaallah, awin akan balas segala jasa emak. Awin tak kan sia2 kan emak. Awin akan jaga emak. Awin sayang emak."
"Qaisara, Qaisara lah satu2 nya buah hati mama. Terima kasih kerana jadi anak yang bijak, yang cerdik, yang kadang2 tak dengar cakap dan sangat2 lah comel. Mama terlalu sayang Qaisara."
"Along, Abang Art, Angah, Abang Din, Kak Mia, Abang, Kak Hanis, Akak dan Abang Syakir, terima kasih kerana beri support dekat awin selama ni. Terima kasih kerana layan Qaisara macam anak sendiri. Terima kasih sangat2. Awin sayang semua."
"Along Haqim, Kakak Teah, Aiman, Harith, Affiq, Azzahra, Danial, Haziq, Aliyah dan Uwais, moksu sayang korang. Terima kasih kerana doakan moksu berjaya."
Wah..da macam bagi ucapan2 terakhir pulak kan. Seriusly saya betul2 terima kasih dekat mereka semua kerana sentiasa bagi saya semangat sejak saya masuk U sehingga saya habis belajar. Sejahat2 keluarga kita, Seburuk2 keluarga kita, mereka tetap yang TERBAIK untuk kita. Tanpa mereka, tiadalah saya disini. Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang cukup PERFECT dimata saya. Dan juga bersyukur kerana dijodohkan dengan lelaki yang TERBAIK didunia dimata saya. Syukur.
Nota kaki : Dengan izin Allah, kami akan hidup lebih bahagia. Insyaallah.






4 comments:
Good Luck!!
finally! congrats!!
lily pun dah dapat dream job. Programmer.. tp tk pandai2 mcm programmer real life lagi..ahaha..
anyway happy for you and qaisara!!!!
@bungalily♥ Thanx alot Lily...hehehe.. u can do it!
@babyhanny thanx alot laicy
Post a Comment