Hai sweetie dan gojess semua..
Ape gelaran atau bahasakan diri anda sendiri ye? Bila saya bukak balik dan baca satu persatu entry saya..pelbagai bahasa diri atau kata ganti diri yang saya gunakan. Ok, saya bukan lah berlakon ataupun tipu identity sendiri ataupun krisis identity..hehehe.. tapi secara jujurnya saya memang ada pelbagai kata ganti diri. Tak paham?
Ok macam ni, ada setengah kawan2 yang saya bahasa kan diri saya AKU kerana mungkin dalam golongan kawan2 tu pun mereka bahasa kan diri mereka AKU contohnya kawan2 di Sekolah rendah dan menengah.
Saya juga bahasakan diri KAMI bila bersama dengan kawan2 UiTM kerana ada antara mereka yang asalnya dari Perak dan mereka gunakan bahasa diri KAMI dan KAMU.
Dan ada saya juga bahasakan diri SAYA bila bersama dengan rakan office ataupun orang yang baru kenal ataupun orang yang tidak rapat.
Saya juga bahasakan diri ORANG, AWIN untuk keluarga ataupun orang2 yang rapat ataupun orang2 yang kenal saya dari kecil.
Dan yang kerap juga saya gunakan ialah MAMA bila saya bersama suami dan juga Qaisara.
Dalam hal macam ni, saya pun confuse apa kata ganti diri yang sesuai untuk saya gunakan bila menulis blog. Dan saya dah buat keputusan muktamad, menggunakan kata ganti diri SAYA adalah yang paling sesuai dan juga lebih lembut, sopan dan sebagainya lah.
Jadi, untuk pembaca diluar sana jangan confuse kalo baca 2 3 4 5 kata ganti diri dalam blog ni..hehehe..
Nota kaki : Tiada nota kaki.
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






No comments:
Post a Comment