Hai sweetieee dan gojesss. .
Last week Qaisara kena semput ataupun asma ataupun lelah. Actually Qaisara start demam hari rabu..then bagi lah makan ubat cam biasa kan. Demam da reduce tapi suddenly Jumaat malam Sabtu tu dia susah nak tido. Hidung tak tsumbat. Nak cakap selsema tak lah plak kan..Besoknya saya ajak encik suami ke klinik Damai. Tup2 doc cakap, kena ambik.nab ni. Terbeliak gak mata saya sebab dia xpernah ambik nab kan. Tapi sebelum g klinik tu kami da ke klinik umra dulu (checkup saya) then ke homedec plak pastu baru ke klinik..sebab nampak di aktif kan. So si mama n papa ni xde lah pikir benda buruk. Ok berbalik dengan cite di klinik. Bila pakaikan dia alat nab tu terus menangis mendayu2. Hati mama mane xsayu wei???? "Sabar Qaisara, anak mama pandai, bijak, nak baik kena macam ni.."kata2 semangat dari mama yang da cukup semangat ni.. :p . Doc cakap malam kena datang untuk ambil nab sekali lagi. Doc bagi ubat demam, ubat baruk, kahak, asma, antibiotik. Memang menangis mama nak bagi Qaisara makan ubat. Ok takpe, insyallah boleh. Malam tu kami datang dan ambil nab untuk kali kedua. Doc cakap masih tak banyak bkurang, hopefully besok pagi datang lagi.
Besok pagi kami datang lagi sebab tengok takde perubahan lagi kan. Ambik nab kali ketiga. Tapi doc xde untuk buat review, takpe sebab petang nak datang lagi so petang je lah review. Kami g lunch nasi ayam dulu. Qaisara macam biasa aktif cuma pernafasan dia berbunyi dan saya sangatlah xpuas hati. Sebab saya selalu alami macam mane keadaan bila susah bernafas :( . Balik dari lunch cakap dengan encik suami, jomlah kita riview dengan doc plak cuz rasa xpuas hati. Pergi klinik balik dan jumpa doc. Doc terkejut cuz xde pgurangan dan makin teruk. Ye! Naluri ibu selalunya benar belaka. Doc suruh bagi nab lagi untuk kali keempat. Oh mama menangis lagi cuz mendengar rayuan Qaisara. Doc suruh tunggu untuk ambik nab kali kelima plak. Weekend kami xkemana, lepak kat klinik je. Doc seboleh2 tak nak admit kan cuz kang lagi macam2 kan. Tapi kami da prepare if Qaisara kena admit (selisih malaikat 44). Lepas nab kali kelima nampak sikit pengurangan. Malam kena datang lagi untuk ambik nab kali keenam. Dan doc pesan, besoj kena datang lagi untuk ambik nab. Oh! Mama EL isnin tu. Syukur Alhamdulillah Qaisara makin pulih. Pernafasan da tak berbunyi da pagi isnin tu. Tapi kami masih ke klinik untuk review keadaan Qaisara. Syukur doc sahkan everything ok.
Dalam masa yang sama, saya masih ikut petua yang kawan bagi. Terima kasih Yan. Petua untuk kurangkan kahak untuk anak kecil ialah bakar seulas bawang putih dengan kulit2 sekali. Bakar sampai bleh lenyek cam kentang lenyek tu. Then lenyek bawang putih tu kat minyak masak yang baru tau. Jangan lah g guna minyak masak ayam goreng ke ape ke. Then da lenyek tu, wat r cam ramas2 cam tu then letak minyak tu sikit2 kat dada, belakang anak, kaki sume. Insyaallah kurang kahak nya. Saya tak pasti yang mane satu yang mujarab sebab ape orang cakap saya terus buat. Minyak telon pun saya sapu gak.. aih nak anak baik punya pasal kan. Harap lepas ni Qaisara tak kan diserang asma lagi. Insyaallah.








No comments:
Post a Comment