CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Thursday, October 31, 2013

:: #10 Rumah - Kunci dan Check defect ::

Hai semuaaaaaa...

Meh nak cite pasal dapat kunci. Sebelum ni kami memang ada isu dengan lawyer bank kan? Ingat tak yang diorang duk tolak sana tolak sini untuk pergi tukar nama kat geran tu? Dan kali ni pun sama.

Kami ni kemain lah eksaited nak duk umah kan, so selalu lah call developer tanya bila dapat kunci ye? Sebulan selepas bayar 10% - Hello ms Lee, bila I mau dapat kunci ye? u cakap haritu sebulan ma..sebelum raya. Sekarang sudah mau raya. Sebulan setengah selepas bayar 10% - Hello ms Lee, sekarang sudah raya, bila mau dapat kunci? 2bulan lepas tu kami da tak larat nak call da. Nak masuk 3 bulan, tup2 dapat sms dari Bank kata pinjaman perumahan kami tertunggak. WHAT! apakah semua ini! Aih..start tu memang encik suami maki lah kan. Call bank terus cakap kenapa cakap tertunggak? Saya tak dapat surat semua. Bla bla bla bla. Then encik suami serahkan kuasa call dekat saya. Saya nak maki? tak da...saya la ni cool da sebab encik suami da marah2, saya takut sebenarnya. Hahaha. Saya tanya lah betul2 sebenarnya ape procedure dia. Macam mane semua. Bank cakap diorang da isu cek 30 September tapi pihak lawyer masih tak ambik. Tapi diorang da kira as disburse lah. Sebenarnya tak boleh lah camtu, bank pun xde hantar surat, xde call inform yang duit da disburse ke, cek da isu ke. SEPATUTNYA pembeli kena tahu! Kenapa? Sebab kami yang nak bayar! Betul x? Kalau da tiba2 tertunggak, pastu da kenapa kan? Tak pelik! Then diorang mintak maaf semua cakap ayat sms diorang yang generate by computer tu cam xsopan lah. Ok lah, da katanya saya cool kan, saya ok je.

Then encik suami terus call developer tanya pasal kunci dan marah2 semua. Rupa2nya, cek tu x di ambil oleh lawyer bank. Bukan lawyer developer. Tau x ape alas an lawyer bank? Katanya takde runner. Aih..encik suami bila tahu benda tu memang kena maki lah PIC tu kan. Petang tu terus developer call dan cakap kunci boleh ambik besoknya. Hahaha. Takut tak ngan encik suami? takut kan? Hehehe. Atlast kami dapat kunci 5 Oktober 2013 (sabtu).

Lepas dapat kunci ape buat? Encik suami terus pergi kerja sebab kena kerja kan tapi saya dan Qaisara terus g umah dan basuh umah. Yeah! eksaited kot! Qaisara lagi lah eksaited cuz dia dapat main air kan, xpernah dibuat2. Saya basuh 1 rumah, penat jangan cakap lah kan, da namanya membasuh ber2. Tapi lagi penat bila kita da keringkan suddenly Qaisara tuang air sabun kat situ. Anda rasa saya penat camne? Hahaha..Kenapa saya beriya basuh? Sebab nak duduk2 kat rumah tu bila datang situ. Sebab utama ialah EKSAITED wei...

Seminggu lepas tu baru kami buat check defect. Saya buat check defect sampai bengkak2 jari sebab duk ketuk lantai nak tgk kosong ke x kan. Tapi hari ahad tu abang encik suami datang n tolong check kan. Kemain banyak plak dia nya defect sampai 4helai A4. Hahaha. Pasal check defect ni saya malas lah nak cerita, xsabar nak cerita progress rumah, cat, deko, lampu, sofa dan macam2 lagi. Hahaha. Kemain kan.

Oklah..bye! report xsiap lagi sebenarnya..ngantuk wei hujan2 ni.

Nota kaki : emmm..xsabar wei...

No comments: