CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, October 29, 2013

:: #9 Rumah - Pengeluaran KWSP ::

Hai semuaaaaa....

Entry ni sepatutnya di taip berbulan yg lalu..erk..da hamper 4 bulan yg lepas.. saya lupa..
Ingatkan da cerita da pasal pengeluaran KWSP ni. Patutlah kawan saya duk tanya pasal pengeluaran KWSP ni, ingat da ada da dalam blog rupanya nan hado. Hehehe. OK2. Saya percaya banyaaaakkkkkk benda yang saya da lupa. :( TAPI saya akan usaha untuk ingat. Kahkahkah.

Pengeluaran KWSP saya buat pada hari yang sama saya pergi tukar nama di geran tanah tu. Selepas tukar nama di geran tanah, kami ke pejabat lawyer Bank untuk tandatangan SNP. Kemudian baru kami boleh buat pengeluaran KWSP. Ingat ye, pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat selepas tandatangan SNP 2 2 pihak (bank dan developer). Kami pergi dalam tengahari. Sebelum pergi kami kena sediakan beberapa dokumen lah macam biasa kan.

Dokumen yang perlu di bawa ke KWSP :-
  1. Offer letter dari Bank
  2. Bank statement / buku bank untuk acc bank yang ingin dtransferkan duit pengeluaran tu.
  3. Photostat dan original IC. (Surat beranak saya xpasti kena bawa or x..lupa.. :( )
  4. Sijil kawen untuk pengesahan suami isteri (yang ni asalnya saya pun pelik tapi saya follow je lah ape yang lawyer da suh bawa kan.)
  5. Surat dari lawyer developer (saya xingat form ape namanya, tapi uolls boleh tanya dengan lawyer developer or bank lah untuk confirm kan)
So dokumen ni jika pengeluaran untuk 2 2 akaun suami isteri so dokumen pun kena 2 2 punya dokumen gak lah kan. Tapi sijil kawen tu 1 je lah. Uolls photostat je semua, senang.

Bila da sediakan semua dokumen, pergi KWSP dan isi borang yang dia da sediakan. Then ambik nombor jumpa pegawai, dia check, sah itu sah ini, SETTLE! Dalam seminggu 2 duit akan terus di bank in kan ke acc yang uolld bagi tadi lah. Diorang akan anta sms. So, terpulang pada anda lah, nak enjoy duit tu ke ataupun nak bayar 10% harga rumah. Hahaha. Ada yang enjoy kan, da nampak duit banyak dalam acc, gila xnak enjoy. Hahaha. Pandai2 lah uolls kawal nafsu masing2 ok. Hehehe.

Sebenarnya pengeluaran KWSP boleh sampai 20% dari harga rumah walaupun loan lulus 90%. Paham x? Macam ni, harga rumah 200k, loan lulus 90% (180k) so lagi 10%(20k) kita kena bayar sendiri kan. 10% tu mostly memang dari KWSP lah kan. Tapi kita masih boleh keluarkan KWSP up to 20% dari harga rumah (40k). So 20k uolls bayar utk 10% tu dan 20k lagi uolls boleh guna untuk renovate rumah. Paham? Tapi tu based on berapa yang ada dalam acc 2 di KWSP uolls semua lah kan. Kalo dalam acc 2 ada 20k je, terpaksa keluar untuk 10% je lah. Hehehe..Paham x? Kalo tak paham nanti tanya pegawai KWSP tu sendiri lah ye. Hehehe.

Lepas dapat duit dari KWSP je, kami terus keluarkan dan bayar terus ke developer dan kalo saya xsilap kami bayar before puasa dan mengharapkan dapat raya di rumah baru tapi hampeh! Kami dapat kunci selepas menyerang sana sini pada 5 Oktober 2013. Kisah disebalik dapat kunci? Next entry ok.

Nota kaki : Sebenarnya nak cite pasal benda lain..hahaha

1 comment:

MamaPatch said...

Semoga proses berjalan lancar. Dah follow ur blog. TQ for vising my blog!