Hai semua...*sambil lambai2 tangan dan senyum lebarrr..
Secara RASMI nya kami da jadi penduduk Taman Pinang Raja. Syukur. Kami pindah Sabtu haritu. Hanya menggunakan lori 1 tan dan hanya 1 trip yang kami gunakan, kami berjaya bawak semua barang. Ceh..ayat cam pindah dari 1 rumah ke rumah yang lain kan..padahal 1 bilik je. Hellooooo... 1 bilik tu pun da rasa cam 1 rumah tau. Punya lah banyak barang. Ntah pape ntah yang saya suami isteri simpan sedangkan saya ni jenis yang buang barang, tapi masih banyak lagi. Camno tu? Hahaha. Stakat kotak2, beg2 plastik tu sume saya angkut naik kete. 2 trip gak lah saya angkut kotak2 dan pastik2 tu.
Khamis tu saya da sibuk buat keje luar, then jumaat mc sebab badan xlarat rasa tapi terpaksa gak berlagak cam larat. Pagi packing2 barang. Lepas zohor g klinik, then g Carrefour beli sabun ape bagai then orang Astro call kata nak pasang astro. Terkejar2 balik rumah sebab dia da sampaikan. Terkejar2 tu bukan lah berlari2 ke ape, terkejar2 masa..hehehe.. Then Jumaat malam Sabtu tu saya, Haqim, Harith, Afiq dan encik suami da membasuh rumah. Aiman kena anta balik umah uwan sebab gastrik katanya. *Nama2 lelaki tu sume anak2 sedara saya, oklah memang boleh diharap walaupun saya pening syik bergado je. Hehehe. So malam tu kami da habis bersihkan lah sume..pastu duk bukak sofa, coffee table dan tv cabinet nya sarung kan. Waktu tu terus teruja..hehehe.. Ye lah da berapa lama sampai kan baru haritu kami bukak..gila tak teruja. Kuikuikui. Balik dalam pukul 12 tgh malam gak. Masa memang jeles betul dengan saya. Pantas betul masa berlalu. Tau tau da malam. Aih..
Sabtu tu jam 7pagi lebih bangun da dan sambung packing lagi cuz banyak lagi tak packing. Waktu tu yang saya baru sedar, banyak nya wei barang ni. Bila nak selesai? Hahaha. Mujur orang lori tu boleh consider, janji asal pukul 10 pagi then suh dia lajak kan ke 10.30 pagi ke 11.00 pagi ke. Mujur lah...sebab waktu dia sampai tu pun xsiap lagi bukak almari yang gedabak besar tu. Hahaha. Mujur dia ok je tengok. Tengah packing2 tu tiba2 orang aircond call plak cakap nak pasang aircond pagi tu. Ya Allah, yang cina ni pun 1 hal, haritu bila tanya boleh pasang tak hari Sabtu, kata tak confirm lagi pastu tup2 da sampai. Pengsan! Saya g rumah tengok orang aircond tu pasang sume, then lari balik umah emak jap sebab nak tolong suami bukak katil plak. Aih.. Memang penatlah. Tapi syukur ada yang membantu. 4 orang anak2 sedara saya + sorang anak sedara encik suami + adik kembar encik suami. Memang time kasih banyak2. If not, pengsan lagi! Da siap pindah sume, makan dan suh anak2 sedara saya balik umah emak. Ye lah, diorang nak rest kan. Saya pun nak rest dari dengar diorang bergado. Hehehe. Bila orang kat rumah da kurang, waktu tu lah saya ambik kesempatan sapu sampah, mop lantai bagai cuz lepas maghrib ada majlis sembahyang jemaah maghrib, bacaan doa selamat dan bacaan yaasin plak kat rumah saya. So prepared before diorang sampai kan. Konon nak lelap jap, tapi xboleh sebab rasa cam ada je benda nak kena buat kan.
Malam tu sembahyang jemaah maghrib di imamkan abang ipar saya yang sulung. Syukur alhamdulillah, ramai jemaah nya. *Sebenarnya adik beradik saya + anak2 da penuh sangat2 da rumah tu. Hehehe. Bacaan yaasin dan doa selamat juga diketuai oleh abang ipar. Majlis yang hanya plan untuk adik bradik saya je btukar jadi majlis keluarga. Sebab makcik dan sepupu2 saya pun hadir so memang penuh dan syukur makanan pun mencukupi. Majlis selesai dalam pukul 12 tangah malam gak lah. Biasa lah kalo da keluarga berkumpul kan. Saya memang flat dan tak mampu nak layan semua orang. Serius wei..penat sangat2. Selesai majlis saya sibuk sapu sampah dan mop lagi. Syukur selesai semuanya. Malam tu kami tido tanpa langsir ok. Hahaha. Boleh plak langsir tak siap lagi. Takpe lah.. Saya tak larat da nak pikir ada langsir ke tak waktu tu. Hehehe.
Walaupun rumah kami tak besar, rumah kami bukan rumah banglo, rumah kami bukan ada swimming pool, tapi kami syukur kami ada tempat berteduh di kala hujan panas ribut taufan. Syukur sangat2. Rumah kami kecil je, memang tiada ape nak digahkan, tapi saya masih berbangga cuz sekurang2nya akhirnya kami miliki rumah sendiri bukan menyewa. Syukur sangat2.
Terima kasih tak terhingga untuk Emak, adik beradik saya, anak2 sedara saya, Apis n Wana, Adam dan semua lah yang terlibat dari mula proses beli rumah sampailah kami dapat duduk rumah tu. Kalo takde uolls, mungkin impian kami tak tercapai kot..Terima kasih banyak2.
Nota kaki : Qaisara asyik call uwan dan menangis cakap nak balik. Apakah Qaisara? hehehe.
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






No comments:
Post a Comment