Assalammualaikum dan hai semua..
Harini 1 hari saya buat keje yang mengantukkan diri sendiri dan sampai sekarang tak habis lagi. Mengantuk campur dengan penat. Yelah, kami baru balik dari kampung Sabtu lepas jam 4pagi. Memang penat yang amat tapi rasa seronok cuz dapat balik kampung plus jalan2..
Harini gak 3rd anniversary perkahwinan saya dan encik suami. Syukur alhamdulillah, kami bahagia bersama. Bergado tu memang ada, selalu. Lagi2 sekarang ni da duduk umah sendiri encik suami selalu kena marah cuz ganggu saya sapu n mop lantai. Kihkihkih. Ya ampun papa.. Alhamdulillah, tahun ni tahun yang baik untuk kami bertiga. Ya, tahun yang penuh kegembiraan. Kami dapat ape yang kami impikan. Syukur sangat..Ya, untuk dapat sesuatu tidak mudah bukan? Kami lalui saat2 sukar tapi akhirnya dpermudahkan. Syukur Ya Allah..
Pahit manis dalam rumahtangga adalah normal kan? Cuma bagaimana kita melayari nya. Ya, tiada siapa yang tidak takut dengan perpisahan. Lagi2 bila ianya berlaku disekeliling saya.. Untuk mereka, sila bertabah, teruskan kehidupan sebaik yang mungkin, saya sentiasa ada untuk mendengar setiap keluhan, tangisan..saya bersedia. Untuk saya dan suami, kami jadikan ia sebagai pengajaran, jangan terlalu cepat melatah, sentiasalah ingat pasangan anda walaupun sesaat, jadilah pasangan yang tidak rimas dengan panggilan setiap minit ataupun sms setiap saat, jadilah sahabat kepada pasangan anda dan yang paling pasti usaha untuk jadi yang terbaik dari hari ke hari.
Kami bukan lah pasangan yang boleh dijadikan contoh malah bukan lah yang terbaik tapi kami usaha menjadi yang terbaik. Begitu juga saya, saya bukanlah orang baik, bukanlah pandai bab2 ni, tapi saya usaha untuk membantu menenang kan kawan2 saya yang bermasalah. Insyaallah.
Untuk encik suami, saya xperlukan handbag mahal2, kasut ratus2, jam ribu2, emas sepanjang lengan tapi saya cuma hendak kamu dan Qaisara disisi saya. Saya cuma hendak tengok kamu berdua bahagia. Saya cuma hendak tengok kamu berdua gembira. Saya cuma hendak tengok kamu berdua tersenyum riang. Ya! cuma itu. Nilai itu terlalu tinggi dan tiada ape pun yang dapat tandingi.
Kini, kami akan mulakan kehidupan harian kami sekeluarga di rumah sendiri. Hanya kami bertiga. Smoga saya dapat tulis entry anniversary setiap tahun hingga ke akhir hayat saya. Smoga kami terus bahagia, insyaallah.
2nd Anniversary
Nota kaki : Kebahagian hak milik setiap insan. Hargainya.
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






No comments:
Post a Comment