Kemain sekali 2 entry 1 hari kan.. Mau silap2 5 6 entry untuk harini je..hahaha. Nampak bebenor xde keje. Huhuhu.
Harini genap 37 Minggu da saya mengandung. Alhamdulillah. Hari Isnin lepas g checkup kat Annur. So far xde masalah. Everything ok. Doktor tak cek bukaan pun katanya next checkup baru dia cek. Dalam hati, kot2 lah doktor nak induce ke kan, tapi doktor suggest induce after 38 weeks. Hamboiii...mentang2 da pernah induce, kemain suka lagi nak induce lagi kan.. Orang lain kat luar sana tu kemain takut dengar word induce. Jangan takut..induce xsakit pun..hahaha.
Nak dijadikan cerita, lepas Maghrib hari Isnin tu saya sakit perut yang mencucuk2 tu. Ya Allah..bawak ke pinggang uolls. Memang sakit sangat. Then bagitau suami saya sakit sangat. Encik suami da gelabah then dia cakap dia mandi n siap2 dan terus g klinik. Saya plak kemas2 umah, sidai baju, sembahyang dulu then terus mandi lagi, siap2 untuk ke klinik. Dalam waktu tu sakit datang dan pergi. Bila sakit, ya Allah sakitnya tuhan je tahu. Saya berdiri xmampu bergerak dengan kaki menggeletar sume. Tukarkan baju Qaisara then terus ke Annur Shah Alam.
On the way ke klinik, sakit makin hilang dan hilang.. Alahai sakit..jangan macam2. Kalo tak sakit camne nak cek ctg nanti. Sampai klinik, kami duk lah kat luar klinik tu sambil tunggu sakit datang. Sakit datang je terus nak berlari ke klinik duk atas katil cek ctg kan. Tapi malangnya sakit tak datang. Ok! Fine sakit..ko main2 ye. Encik suami cakap, cek je r..takut pape terjadi kat baby. Ok.. dengar arahan encik suami terus lah masuk klinik. Annur Shah Alam ni, kalo malam2 memang takde doktor dia ada bidan part time dan nurse je. So bagitau diorang, saya sakit tadi so nak wat ctg lah. Baring lah atas katil dan watlah ctg selama 20minit. Uolls tahu ape terjadi? No contraction at all! Uolls rasa nak jadi Hulks tak waktu tu? Hahaha. Sabar je r banyak2. Cakap ngan bidan tu, betul..tadi sakit sangat2. Bidan tu senyum je sebab setiap kali saya wa ctg, xde contraction ataupun mild contraction je. Bidan wat VE dan masih 1cm. Perjalanan masih jauh. FINE! Balik lah kami..
On the way balik rumah singgah beli burger. Rasa cam lapar plak. Sampai je lorong nak masuk taman rumah tu sakit datang balik. Sakit yang sakit sangat2. Eh sakit!Tampar nak tak?Main2 ye sakit..alahai..Cakap ngan suami, xpe..balik, saya mandi air panas dan relaks tengok camne. Sampai umah jalan da terbongkok2 da sebab tahan sakit. Mandi air panas, pastu suh encik suami watkan air URAL. Ye..lupa nak bagitau, waktu checkup doktor ada bagitau kencing kotor skit. Then minum air banyak2. Letak kaki kat dinding bia tinggi kot2 bleh hilang sakit. Sekali sakit datang, dapat tangan suami, habis kena cengkam.. Memang sakit korang. Tak tipu. Then saya tertido. Kalo da boleh tido tu kira oklah kan. Ok FINE lagi.
Selasa (semalam), sakit tu datang lagi tiba2. Datang dan pergi. Bila sakit, memang rasa cam nak merangkak dan duduk bersila. Sakit sangat. Then hilang camtu je. Tengahari sakit lagi, gagahkan diri berjalan naik turun tangga g lunch. Walaupun jalan slow tapi still berjalan lah kan. Sakit hilang lagi. Petang nak balik rumah tu sakit datang lagi. Cakap ngan encik suami, takpe kita balik rumah makan, mandi, sembahyang sume then tengok camne. Lepas maghrib saya dapat rasa something which is sakit ni cam sakit saya pernah rasa before pregnant. YA! UTI @ Kencing Kotor. Then terus search pakcik gugel, pengalaman orang yang pernah kena UTI waktu pregnant. Lebih kurang uolls cam sakit yang saya tengah alami tu. So, cakap ngan encik suami, bleh tolong buatkan air URAL lagi dan minum air kosong banyak2. Malam tadi memang masih sakit lagi. Datang dan pergi. Tapi disebabkan saya tau itu bukan contraction, so xdelah nak bermanja bagaikan. Saya teruskan minum air kosong banyak2.
Harini, saya pegi beli air barli which is kawan cakap bleh kurang kan UTI. So saya minum air barli tu walaupun tak sedap sebab tak manis dan terus minum air kosong banyak2. Saya harap, usaha saya untuk pulihkan UTI ni berjaya. Ya Allah, dugaan ni walaupun tak besar, tapi sakitnya sangat azab. Saya tahu, anak saya tak nak keluar lagi silap2 mau dia duk dalam perut ni sampai due date. Huhuhu. Anak anak..ikutlah bila nak keluar, mama pun malas pikir dan jangka da. Hehehe.
Nota kaki : Oh UTI! Please go away from me..hehehe.
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






No comments:
Post a Comment