Belum belum dan belum lagi deliver..take note ye..*cam ada org kisah je.. hehehe
Baby nak duk dalam perut mama dia lama2, nak manja2 dalam ni, dan penting nak jadi bijak cuz orang cakap kalo baby duk lama dalam perut mama dia akan jadi lebih bijak..hahaha..waallahualam..
Ni nak cite pasal UTI skit lah. Tau x UTI tu ape? UTI tu Urinary Tract Infection ataupun bahasa melayu kita Kencing Kotor. Pernah dengar kan? Meh saya nak copy paste skit pasal UTI ni. Sumber Babycenter.
Apa itu UTI?
Cystisis, sejenis jangkitan pada saluran kencing, adalah UTI biasa yang kerap dihidapi wanita hamil.
Jika dibiar tanpa dirawat, UTI boleh menjadi agak sakit dan mungkin berbahaya kerana jangkitan boleh merebak ke atas dan sampai ke buah pinggang. Jika jangkitan buah pinggang dibiarkan tanpa rawatan semasa hamil, ia boleh menjejaskan kesihatan anda dan boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan berat badan yang ringan atau pun pramatang.
Perubahan-perubahan pada badan anda sepanjang tempoh kehamilan membuatkan anda lebih terdedah kepada UTI. Hormon progesteron mengendurkan otot-otot ureter iaitu tiub yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing. Ia memperlahankan aliran air kencing dari buah pinggang pada pundi kencing. Uterus anda yang semakin membesar juga mengalami kesan yang sama. Ia memberi peluang yang sesuai untuk bakteria kerana ia mempunyai masa yang lebih lama untuk membiak sebelum dialirkan keluar.
Simpton-simpton UTI termasuklah:
- sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
- sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan (kebiasaannya hanya sebelah)
- kencing tidak lawas
- menggeletar
- kenaikan suhu badan
- rasa sejuk dan panas berselang seli
- loya dan muntah
- kerap ke tandas
- tidak dapat mengawal kencing
- air kencing berwarna keruh, berdarah atau berbau
- perubahan kuantiti air kencing (berkurangan atau berlebihan)
- sakit ketika bersetubuh
UTI boleh berlaku ke atas ibu2 mengandung. Jom kita baca plak bahaya UTI @ Kencing kotor ke atas ibu mengandung.
Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?
- Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).
- Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita yang hamil.
- Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.
- Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
- Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
- Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
- Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.
- Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.
Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan
para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani
pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air
kencing dan kelihatan sihat.
Perlukah rawatan susulan ?
Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic
yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit
perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan
kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan
semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika
masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan
antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam
yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di
hospital
Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?
Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.
- Dapatkan beberapa bungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g, dan mempunyai perasa lemon.
- Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
- Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.
- Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agar buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.
- Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.
- Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
Wallahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131210)






No comments:
Post a Comment