Assalammualaikum dan hai semua.....
Semalam kelam kabut, harini releks skit. So nak cerita pasal pengalaman bersalin kan anak bujang tu.
Jumaat, 7.03.2014
Saya da mula malas keje sebab hari2 sebelum tu kan saya da asyik sakit memanjang. Tapi saya tetap keje jumaat tu. Lunch tu da start sakit perut cam hari2 sebelum tu then call encik suami ajak g klinik untuk check. Next checkup saya sepatutnya Isnin, 10.03.2014. So encik suami ambik lah lepas sembahyang jumaat tu. Ingat tak ramai orang rupanya ramai orang kat klinik sampai sakit tadi pun da hilang. Saya siap bagitau kat nurse situ cakap nak balik dulu, then malam baru datang balik. Hahaha. Check dengan doktor, doktor buat VE. Doktor cakap baru 1cm then doktor kacau skit lah cam biasa memang darah banyak lah kan..Sakit tak perlu tanyalah. Doktor cakap atas lagi ni. Ok fine. Kami balik dulu.
Darah kuar tanpa henti sabtu, ahad ......
Sabtu dan Ahad
Kami berjalan ke baby expo tak silap kat Shah Alam. Pergi pkns makan laksa n ns lemak, beli kurma. Bajet banyak jalan cepat bersalin lah? Saya memang kaki jalan so xde beza pun.
Isnin, 10.03.2014
Tak larat da nak keje. Darah masih ada. Pergi klinik Damai bagitau yang da xlarat dan perlukan rehat. Bajet nak mintak seminggu direct tapi nampak cam gelojoh sangat kan. Sekali doktor bagi 2hari. Syukur.
Selasa, 11.03.2014
Rehatkan diri kat rumah dengan Qaisara. Sepanjang cuti dan mc memang Qaisara lah peneman mama dia ni. Tengahari tu memang terasa cam air keluar kan. Terkencing ke? ke ape ni? Ok abaikan. Perut tak sakit pun. Orang cakap mostly kalo air ketuban pecah akan ada contraction sekali. Tapi saya nanhado. So abaikan lah kan. Elok plak malam tu encik suami balik lambat. Then malam tu macam nak demam. Memang tak senang duduk sangat. Tak selesa. Rasa seram sejuk.
Rabu, 12.03.2014
Memang normally saya akan ke toilet berkali2 lah kan. So saya rasa macam keluar lagi air kan. Saya decide untuk "bebas" tgh2 malam tu. Jam 5.00 pagi rasa air keluar banyak dan panas. Kejutkan encik suami dan cakap "pa, ma rasa air ketuban ma pecah lah, kain batik ma basah. Nanti sebelum g keje, kita singgah klinik dulu check ye. If takde pape kita g keje cam biasa lah." Boleh cakap camtu kat suami?hahaha. Encik suami bau air kat kain tu, xde bau hancing memang betul lah air ketuban. *orang cakap air ketuban tak hancing. Encik suami suh siap. Dia kelam kabut mandi sume. Saya releks je, mandi, sembahyang, prepare beg Qaisara sume. Hahaha. Sebab ape? Sebab SAYA TAK SAKIT pun. Then anta Qaisara ke rumah emak dan terus ke klinik. Luckly doktor sama sampai dengan kitorang sebab ada yang nak bersalin. So doktor lah check sendiri kan if not bidan part timer. Check bukaan baru 2cm. Betul tadi air ketuban tapi tak pecah lagi cuma da bocorlah. So kena admit untuk doktor pantau. Jam 8.00 pagi bagitau nurse nak keluar g sarapan jap. Hahaha. Boleh kan camtu, cam duk kat umah plak. Keluar g sarapan semua then balik klinik balik. Encik suami anta kat depan klinik je, xde lah berpimpin tangan sampai dlm wad ke..NO NO NO..hahaha. Sebabnya saya tak sakit. Waktu tak sakit tu xtau nak wat benda ape, duk lah baca suratkhabar lah, main hp lah. Then nurse bagitau makan siap2 untuk tengahari dalam kul 12.00 tengahari dia nak check bukaan. Encik suami belikan Nasi ayam kfc. Uish...selera je makan. Hahaha.
Kul 1.00 tengahari nurse buat VE, then basah je..air ketuban da pecah. Tapi..contraction takde pun. Nurse tu da gelak2. siap cakap "ko kenapa dik..anak ko xnak keluar lagi ke ape?" Hahaha. Bukaan da 3cm.
Kul 3.00 petang nurse suh prepare siap2, katanya doktor nak check. So kena pakai baju da sume. Buat VE, 3cm boleh g ke 4cm. Buat CTG, xde contraction pun. So doktor bagi kata 2 either nak tunggu sampai sakit sampai bsok petang ke ataupun INDUCE. Saya pilih INDUCE.
Induce dengan saya tidak dapat dipisahkan. Hahaha. Doktor masukkan ubat jam 4.00 petang. Kena baring dalam labor room sejam. Lepas masuk ubat je xsampai setengah jam terus sakit. Terus contraction uolls. Sakit? Sakitlah..kata nak beranak kan. Hehehe. Da r sakit, kena baring je sebab sambil tu doktor buat ctg gak then sejuk plak. Dalam pukul 6.00 petang baru masuk bilik balik. Dalam bilik pun tak senang duduk. Sakit yang amat. Sakit yang memang sakit. Waktu Qaisara dulu sakit dia lain..sakit yang maybe bleh bertahan lagi. Makan da tak lalu tapi gigihkan gak makan roti. Sumbat je dalam mulut. Makan kurma dan minum air zam2. Lepas maghrib doktor suh masuk labor room balik. Sakit saya macam xbleh berjalan da. Bila sakit datang kena stop jap. Tapi nurse n doktor cakap saya releks je macam da xsakit. OMG OMG OMG...sakit sangat kot tapi kenap muka xberkerut xtau lah. Hahaha.
Pukul 8.00 malam doktor check bukaan da 4cm dan doktor terus masuk ubat drip. Tanya doktor berapa jam lagi doktor anggarkan ye? Doktor cakap dalam 3 4 jam. Ok FINE! Nak harung sakit lagi 3 4 jam. Then duduk bersila atas katil tu, pastu xbleh tukar posisi kaki terjulur kat bawah. Pukul 8.20 malam macam tu rasa nak teran sangat. Da ketap gigi meneran. Secara otomatik tau, bukan buat2. Suh encik suami panggil lah sesiapa bagitau yang saya da meneran ni. Mujur lah diorang baru habis makan kan. Bidan part time datang dan suh saya baring n kaki terkangkang dan waktu tu saya tengah sakit. Memang xtau nak cakap camne. Nasib baiklah bidan tu xmarah "yang awak pandai2 teran kenapa?". Sekali bidan tu pun kelam kabut panggil doktor. Pukul 8.38 malam hanya sekali push keluar kepala. 2 kali push keluar badan. Alhamdulillah. Then proses pengeluaran uri plak.
Akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki pada 12.03.2014 jam 8.38 malam seberat 3.11kg pada 38minggu kandungan. Dan bayi tu dinamakan Ammar Firas Bin Mohammad Firdaus. Yang bermaksud "Yang memakmurkan, yang beriman dan celik akal"
Sekarang anak mama da 2 bulan ++. Berat da 6.0kg. Yeah! Masih lagi fully BF.
Nota kaki : Saya rasa dengan kurma dan air zam2 tu membantu saya tambah tenaga sebab saya hanya makan jam 12.00 tengahari sahaja tapi syukur saya kuat. Syukur.
Keputusan SPM Yaya
4 months ago






2 comments:
Tahniah atas kelahiran zuriat yang ke 2
yuhuuu and its my anniversary baby..
be a good boy ammar.. nanti p skool sama2 fayyadh k...
Post a Comment