Assalammualaikum uolls...
Wuarghhhh..(menguap).. Ngantuk yang amat. Da lama da x menulis dia blog. Walaupun da start bekerja, tapi paham2 je lah keje banyak kemain kan. Penat wei..
Sebenarnya banyak benda nak cerita tapi tiba2 takde idea plak. Bleh gitu. Adoii..
So harini saya nak cerita pasal Majlis Aqiqah Dan Kenduri Kesyukuran Ammar Firas. Majlis berlangsung pada 8.6.2014. Bermula jam 10.00 pagi. Kami jemput anak2 tahfiz berdekatan. Majlis buat dekat rumah emak sebab emak pun nak buat kenduri arwah bapak. Sebenarnya majlis Ammar tumpang kenduri arwah tapi gayanya cam kenduri arwah tumpang majlis Ammar. Hehehe.
Majlis Aqiqah Ammar dirancang tak sampai 2 minggu kot. Memang kelam kabut ok. Kelam kabut sangat2. Cari kambing, cari pelamin, cari khemah, cari gift, design sticker semua. Oh letih. Ye! Majlis Aqiqah je pun tapi gaya nak terima menantu da. But i'm very lucky person because i have 4 sisters. So memang mereka ber4 helps alot lah. Tak lupa gak untuk abang dan kak ipar kan. Suami ngan emak jangan cakap lah..saya tak mampu nak balas jasa mereka.
Majlis berjalan dengan lancar. Khemah dipasang hari khamis lagi. Kambing sampai hari sabtu. Gift siap hari sabtu. Pelamin pasang ahad pagi. Fuh..memang super2 penat tapi bila tengok segala2nya sangat perfect, SYUKUR..
Saya cuma nak ucapkan jutaan terima kasih untuk emak tersayang kerana memasak untuk kenduri ni. Tak perlu tanya sedap or tak sebab memang superb! Untuk encik suami walaupun kelam kabut ulang alik rumah dan rumah mak tapi syukur skurang2nya dia dapat pantau pape kat rumah. (sebab keluarga mentua bermalam dirumah saya malam tu). Untuk Along & Abg art (khemah), Angah & Abg din (kebersihan dan kekemasan luar rumah), Kakmia (Gift yang superb dan cantik), Abang & Kaknis (PA system,kuih2 talam yang sedap walllaaa...), Akak & Abg Syakir (tetamu). Anak2 sedara semua yang behave...terima kasih semua..
Gambar bawah ni di ambil sekita Majlis Aqiqah Ammar Firas.. Enjoy!
*Cinderrella Cradle.
*Hello kitty + Frozen Theme...(crisis identity)
*Cinderella Cradle by lonsuefiezastudio
*keluarga kecil kami..semoga bahagia hingga ke Jannah.
*Anak dara saya.. Alya Qaisara Firas
Nota kaki : Kepenatan di majlis tu juga buat saya demam 5 hari berturut2.. walllaaaa....






2 comments:
last minit preparation pun still nice..ok la kan..kdg2 last minit plan ni lg best..surprise dimana-mana..:)
yup..u r true.. tapi penat nya ya amat...hehehe
Post a Comment