CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, June 19, 2012

:: Durian ::

Selamat petang pembaca yang comel2 dan hensem2 belaka..

Durian adalah Raja segala buah. Awat raja segala buah? Yelah..durian tajam, besar, buah dia manis n sedap gila n 1 lagi kalau nak tunggu dia luruh memang berjanggut. Hehehe.. Hujung minggu baru ni saya balik ke Bukit Selambau, Kedah. Gerak dari Klang lepas magrib, singgah sana singgah sini, sampai dalam kul 2 pagi. Actually, kalau saya n suami je yang balik, dalam kul 12pm da sampai da. Tapi bergerak beramai2 kan, so banyak lah perhentian nya. Tapi xkisahlah, janji selamat sampai. Qaisara macam biasa, tido je dalam kete (waktu tido dia kan). Sabtu tu pagi2 lagi emak mertua da sibuk buat breakfast. Tup2 tengok breakfast nya Pulut Durian. Tu dia..pagi2 lagi da pekena durian. Aummm.. Durian tu datang dari pokok depan umah mak mertua. Emak mertua cakap, durian tu nak luruh memang lambat. Satu satu dia luruh. Saya suruh emak mertua kait je, kalau tak pun, goyang2 kan pokoknya..confirm jatuh kan? hehehe.. Da pokok tanam sendiri kan, xde mix2 punya benih ke apa..confirm2 lah rasanya sedap sehingga menjilat jari. Serius! saya tak tipu! Tapi, saya xberapa nak favorite sangatlah bila durian dimakan dengan pulut. Rasa lain lah. Cara makan pulut durian ialah pulut, diletak santan sikit, gula then gaul dengan durian. Dapat bayangkan tak? Waktu mula2 makan dulu, macam xbleh masuk gak r tekak ni kan. But i should try new food. Kan kan kan.. Saya lebihkan durian r dari pulut, santan n gula tu.. hehehe.. Kira oklah kan.

2 hari kat kampung dengan tiada apa2 xtvt. Saya tak keluar mana pun. Si Qaisara tak nak langsung dengan orang. Saya gerak sikit, menangis. Cari saya sampai ke dapur. Apakah? Tapi, durian bukan sahaja hidangan untuk hari sabtu malah untuk hari ahad jugak. Cuz ada sebijik lagi durian luruh pagi Ahad tu. So, kesimpulannya saya makan durian je ar sepanjang berada di kampung. Memang puas gila rasa.

Hari Ahad kami gerak balik ke Klang. Dan perjalanan pulang lebih mencabar. Kenapa? Sebab Qaisara tak tido. So dia memang sibuk nak berdiri lah, nak duduk lah, nak ke depan lah, nak ke belakang lah..memang gila letih. Betul2 penat kali ni balik kampung. Saya rasa betul2 mencabar. So, saya da pesan dengan suami, lepas ni balik kampung bia waktu malam sikit sebab Qaisara bleh tido. Dan saya takdelah penat sangat kan.

Nota kaki : Entry Hari Bapa akan menyusul besok, insyaallah..

No comments: