Selamat tengahari semua.
Tajuk entry kali ni macam formula matematik. Sebenarnya saya lebih nak ceritakan mengenai kehidupan suami isteri yang baru berkahwin. Untuk pengetahuan yang bujang2 semua, perkahwinan adalah 1 benda yang indah. Dimana, kita kini ada teman yang paling rapat untuk mengadu, bermanja, bergado dan macam2 lagi lah. Dalam masa yang sama, hadir pula si kecik yang akan mengeratkan hubungan suami isteri. Walaupun ianya nampak indah, tapi rumahtangga itu masih di duga dengan beberapa dugaan. Seperti masalah kewangan, susah dapatkan anak, tiada pekerjaan dan macam2 lagi lah. Iya lah, tak semua kehidupan kita indah belaka kadang ada juga pahitnya. Dan masalah2 yang kecik ni jugak boleh bawa ke penceraian. Anda setuju? Tetapi, jika kita suami isteri betul2 give n take insyaallah segala masalah dapat diselesaikan. Tipu lah kalau saya cakap, saya tak pernah bergado dengan suami. Tipu jugaklah kalau anda cakap anda tak pernah terasa hati ngan suami anda. Tipu belaka. Kita manusia biasa, ada perasaan, kita bukan robot. Kadang suami tercakap kasar sikit pun da meleleh airmata. Kan kan kan.
1st, kat sini, saya lebih suka nak tegaskan kita bila da jadi suami isteri jangan lah salahkan 1 sama lain. Maksudnya kalau takde anak lagi, suami cakap isteri yang salah sebab period isteri tak teratur. Bila masalah duit, isteri cakap suami salah sebab selalu sangat keluar ngan kawan2. Sebelum tu, tujuan saya tulis entry ni bukan lah untuk bagitau kat semua, dengar nasihat saya sebab saya hidup bahagia. No no no. Kang ada plak mulut xbaik cakap "eleh..macam lah dia bagus sangat, dulu selalu je bergado dengan suami, adik beradik n so on lah kan.." No no no. Tujuan tulis entry ni untuk peringatan saya jugak. Tiada manusia tak pernah buat silap dan tak salah jika kita tegur n nasihat antara 1 sama lain. kan kan kan.. So back to the entry, jangan menuding jari antara 1 sama lain. Lebih baik kita usaha nak selesaikan masalah tu dari duk salahkan pihak lawan.
2nd, control. Maksudnya tak kisahlah suami control isteri ke, isteri control suami ke..it doesn't matter. Kenapa? Kalau da pasangan tu rasa selesa di control, y not? kan? Isteri control suami, selalunya ramai akan pandang serong. Especially yang pandang serong tu ofkos lah lelaki sebab diorang rasa tak gentleman kalau kena control. Tapi, tahu tak anda yang sebenarnya bagus kalau si isteri yang control suami. Control tu bukan lah maksud suami tiada hak bersuara ataupun suami tunduk je dengar cakap isteri. Tapi lebih kepada kewangan dan kehidupan. Sebab pompuan ada kelebihan dari segi control kewangan. Dan pompuan ada kelebihan dari segi pemikiran dimana, pompuan lebih gemar membaca so dia ada point2 dia kenapa xboleh n kenapa boleh. Kan? Saya bukan nak cakap suami kena ikut 100% apa si isteri cakap, tapi tak salah sekiranya si suami tanya pendapat si isteri kalau nak buat sesuatu benda. Kalau tak setuju dengan pendapat si isteri, boleh bagitau kenapa tak setuju. Macam tu juga dengan si isteri, si isteri kena dengar ape pendapat suami n barulah buat keputusan. Dan pastikan keputusan tu kat tangan suami cuz dia ketua keluarga.
3rd memahami antara 1 sama lain. Kita kena paham antara 1 sama lain. Kalau kita tak paham masalah pasangan kita, susah jadinya nanti. Kita kena ambik tahu masalah pasangan kita. Tidak kira masalah dari segi ape, yang pasti kita ambik berat.
4th dan terakhir, JANGAN JADIKAN ORANG KETIGA SEBAGAI PENYELESAIAN MASALAH. Anda paham? Ada setengah pasangan ni, cari orang ketiga untuk selesaikan masalah. Orang ketiga = makwe/pakwe/skandal. Padahal dia bukan selesaikan masalah tapi menambah masalah. Kenapa perlu cari orang ketiga? Untuk apa? Benda ni sering sangat kita dengar berlaku disekeliling kita. Si isteri ada orang lain. Kenapa? Sebab tak cukup kasih sayang dengan suami katanya. Kenapa tak goda je suami tu? Suami sendiri kan? Tak dosa kot goda suami sendiri. Kenapa perlu goda lelaki lain? Nak test market? Perlu ke? Si suami ada pompuan lain. Kenapa? Sebab isteri tak cukup cantik katanya. Kenapa tak suruh je isteri tu cantik kan diri sendiri? Anta je isteri pergi facial sume. Tak boleh? Kenapa perlu cari pompuan lain? Cantik ke pompuan tu? Tak kisahlah apa pun masalah anda semua, 1 je anda patut pk kan balik. Kenapa anda pilih suami/isteri anda tu sebagai orang kat sebelah anda waktu atas pelamin? Kenapa anda pilih suami/isteri anda tu sebagai orang yang nak dinikahi waktu majlis nikah dulu? Kenapa? Sebab, anda rasa dia calon yang sesuai untuk anda kan? Mungkin tahun2 yang lalu, dia hensem, cantik, manja, seksi atau sebagainya tapi sekarang tidak. Anda pernah berjanji berdua kan untuk terima pasangan anda seadanya. So kenapa bila dia berubah, anda tak boleh terima? Kalau tak boleh terima, anda boleh tegur dengan cara baik. Insyaallah dia akan berubah. Hidup ni senang sebenarnya, kita terima je apa yang ada sebab tuhan da tentukan segala2nya. Kita tak perlu nak cari kesalahan orang lain untuk menutup kesalahan kita. Lagi sedih, jika yang buat hal tu da ada anak. Ingatlah dekat anak. Walaupun emak n ayah dia masih hidup tapi tak sama macam emak n ayah yang duduk serumah n tengok setiap aktiviti mereka. Percayalah, kehidupan anak2 akan jauh lebih merana dari kehidupan anda. Kerana apa? Kerana sikap anda yang cari orang ketiga. 1 lagi, mengenai Test Market. Orang2 yang da berkahwin sekarang suka test market. Apa tu? Test ngorat lelaki/pompuan, tgk lelaki/pompuan tu tergoda tak? Bila da tergoda, mulalah nak bercinta. Kiranya da berjayalah kalo lelaki/pompuan tu tergoda. Untuk pembaca, JANGAN SESEKALI cuba Test Market ni. Kalau da terjerat, apa pun tak boleh.
Saya selalu ingatkan diri saya dan suami. Kalau saya ada kekurangan bagitau. Kalau da gemuk dan xcantik plz let me know. Bukan apa, kita cuba untuk jadi yang terbaik untuk diri kita, suami dan anak2. Dan saya suka dan pegang dengan ayat suami pagi tadi..'Sayang, buat apa kita nak dengar cakap orang?Kita tahu kita bahagia ataupun tidak. Orang kena control ke, awak kena control ke, xjadi masalah untuk kita kan? Dengar cakap orang boleh mati kita."
1 benda yang saya tak berapa suka gaya sesetengah lelaki ni. Mungkin itu cara dia, tapi saya tak suka jugak. Bila si isteri bergurau, si suami suka cakap "eh apa ni?jangan kaco boleh?" sambil buat muka kerek macam tak suka bergurau. Dan benda tu berlaku depan orang ramai. Adoilah..si suami, apa lah salahnya kalau bergurau dengan si isteri tu. Malu? Kenapanya nak malu? kan isteri sendiri.. Tapi saya percaya, lelaki macam ni tak kan berubah. Ni jenis lelaki2 yang ganas lah.. hehehe..
Kepada pembaca2 semua, entry ni hanya sekadar peringatan. Jika tidak suka, anda boleh tinggalkan entry ini. Saya ingin tegaskan, entry ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. Saya memohon maaf andai ada yang terkecik hati ataupun terasa.
Nota kaki : Rindu Qaisara setiap saat.
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






4 comments:
wah penuh informasi buat mereka yang belum kawen, yang akan kawen dan yang dah kawen....thanks share info nih.......blogger suka baca untuk pengetahuan....
Just nak kongsi pendapat je.. And lebih kepada peringatan untuk diri sendiri n yang membaca. Sometimes kita tak dapat jangka siapa kita utk masa akan datang,so better kita beringat dari sekarang.
suami dan isteri mestilah saling lengkap melengkapi,tiada yang sempurna malah banyak kurangnya..dan kekurangan itu kita gantikan dengan kelebihan yang ada pada diri kita mahupun dari pasangan kita,begitulah sebaliknya..pekahwinan itu sebenarnya adalah PERKONGSIAN HIDUP antara seorang lelaki dan seorang wanita,
Entry yang bagus,tuan tanah..
Saya setuju dengan komen encik Zaharin..Thnx alot 4 e comment..dan anda di alu2 kan untuk beri komen.. :)
Post a Comment