Selamat pagi pembaca2 semua..
Siapa yang salah kalau suami tak hensem? Siapa yang salah kalau suami keluar tak kemas? Siapa yang salah kalau baju suami tak bergosok? Siapa yang salah kalau suami kurus? Jawapannya adalah ISTERI jugak.. Tapi, siapa yang salah kalau isteri tak cantik? Siapa yang salah kalau isteri keluar pakai baju compang camping? Siapa yang salah kalau tudung isteri komot2? Siapa yang salah kalau isteri gemuk? Jawapannya adalah ISTERI jugak..
Awat ye sume ISTERI? Contoh cam kalau suami pakai cincai boncai, kenapa mesti isteri yang salah? kenapa? cuba cerita sikit? Habis tu da suami nak pakai macam tu, nak buat macam mane kan. Padahal da cakap, "abang, baju tu xkena dengan kulit abang,abang patut pakai baju terang sebab abang gelap". Tapi dia xnak dengar gak. Ada suami yang balas macam ni, "ala, pakai ape pun sama je. Pakai baju gak." Boleh? Pastu bila orang tengok suami macam tu, orang duk sibk bercakap.."psst..isteri dia la ni, mesti pemalas. Cuba lah carikan baju suami yang sesuai sikit". Boleh nampak tak kat situ? Pastu bila tang Siapa yang salah bila isteri tak cantik, si isteri gak dipersalahkan sebab tak jaga penampilan katanya. Macam mana nak jaga, kalau da setiap kali keluar, walaupun si isteri paling awal bangun, tapi si isteri gak paling lambat keluar dari rumah. Baru nak pakai tudung, suami da duk hon2 pastu bising cakap lambat. Alih2 baju kaler lain, tudung kaler lain. Puas hati kan. hehehe..
Sebenarnya benda ni terjadi kat saya. Rasa nak menjerit marah ni. Tapi bukan lah yang berkaitan dengan pemakaian ataupun kebersihan. Setakat ni alhamdulillah lah xde sape lagi tegur mengenai pemakaian suami saya dan juga saya. Tapi masalah saya kat sini adalah SIAPA YANG SALAH BILA SUAMI KURUS? Awat dia kurus, saya yang salah? cepat cakap ngan saya. Sepatutnya emak dia lah yang salah, sebab kecik2 tak kasi dia makan banyak so bila da besar, dia xmembesar dengan sihat dan kuat. Tak gitu? hehehe.. Sebenarnya saya da bosan da bila orang tanya, kenapalah Firdaus ni kurus sangat, xmakan ke? stress ke? hati luka ke? ok! Soalan2 tu memang boleh buat darah saya naik mencanak2. Encik suami tak makan? gila ke ape? Kalau makan selalu ngan dia, confirm2 nasi dia lebih dari saya, dan tentu2 dia akan tambah nasi. Tak makan lagi tu? Stress? nak stress kenapanya? Hati luka? aih..da macam putus cinta plak kan. Sebenarnya benda ni selalu jadi gaduh gak lah. Ye lah, encik suami ni kadang waktu keje dia xmakan. Sebab terlalu sibuk dengan keje dia, so dia lupa nak makan. Dan waktu tu lah saya nak membebel sebakul dengan dia. Saya ni tengahari tak makan gak, tapi berat tetap naik. Apa masalah pun saya tak tahu. Saya sebenarnya tak suka bila orang cakap saya tak bagi dia cukup makan. Ye lah, dia makin kurus, saya makin gemuk. Saya curi makanan dia ke ape? hehehe.. Tapi bila benda tu da selalu dipertikaikan, saya da jadi bosan da. Lantak lah orang nak cakap ape, dengan encik suami pun saya cakap camtu, sukatilah nak makan ke taknak, nanti bila orang tanya awak kurus kenapa, tahulah ape saya nak jawab. *da simpan ayat baik punya nak jawab.
Memang betul, si Isteri adalah segala2nya dalam urusan rumahtangga. Dari segi pemakaian, pemakanan dan didikan anak2. Tapi, kita tak perlulah salahkan si Isteri 100% bila rumahtangga tu x terurus sangat. Maybe si Isteri masih nak membiasakan diri ke, ape ke. kan kan kan? Lagi2 si Isteri yang bekerja jugak. Tak salah sekiranya suami isteri bersama2 berganding bahu menguruskan rumahtangga..cewahh.. Dalam kehidupan berumahtangga kita perlu give n take.
Nota Kaki : Jika itu bukan rezeki kita, kejar lah macam mane tetap tak dapat.
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






No comments:
Post a Comment