CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Tuesday, February 4, 2014

:: 50 Hari lagi - Beg Hospital ::

Hai uolls...

Sekarang ni takde keje lain..asyik kira hari je..kira hari nak bersalin. Kihkihkih. Boleh gitu? Lagi 50 hari lagi nak sampai due date. Macam nampak lama lagi tapi nampak macam sekejap pun ada. Hahaha. Da lah, xyah korang nak pening sangat dengan ayat yang tak berapa nak betul tu.

Beberapa hari lepas, saya ada mimpi. Mimpi yang saya da kuar tanda darah. Memang kelam kabut waktu tu. Bertambah kelam kabut bila beg hospital saya tak sediakan lagi. Erk! Realitinya memang saya tak prepare pape lagi. Ape saya pikir pun saya tak tahulah. Hahaha. Saya cerita dengan encik suami dan dia balas " balik ni terus kemas beg hospital ". Arahan ok. Tapi agak2nya saya buat tak? Kuikuikui..eh bukan derhaka..saya bz lah..mane ada masa nak kemas beg hospital. Kahkahkah. Dan dalam masa yang sama saya lupa ape yang kena letak dalam beg tu. Bila tanya encik suami, dia cakap dia pun xingat. So fair lah kan..2 2 pelupa. Full Stop! Hehehe.

Saya gugel lah barang2 yang perlu diletak di dalam beg hospital ataupun erti kata lain persediaan dikala bersalin. Ianya khas untuk penginapan 3 hari 2 malam.

Mama :-
  1. Tshirt - 4 helai ataupun lebih
  2. Kain batik - 4 helai ataupun lebih
  3. Tudung - 1 pun tak kisah kot. Macam saya dulu bersalin kat swasta dan sume pompuan kan so dalam Labour room tu xbertudung pun. Tapi kalo uolls nak bawak tudung Fareeda ke, tudung Adijuma ke pun boleh..nurse tu xmarah pun. Hehehe.
  4. Sweater
  5. Bra - Bawaklah dalam 3 4 helai. Then jangan lupa bawak bra jenis myusu tu. So balik dari hospital boleh guna yang tu.
  6. Underwear - Bawak sebanyak yang boleh kot. Dan jangan lupa gak bawak yang saiz normal. Macam dulu saya, lupa bawak yang saiz normal (bukan lupa tapi xterpikir pun) da lah kena pakai underwear yang longgar. Hahaha. Sebab waktu g perut buncit, balik perut da kempis. Camno tu?
  7. Maternity Pad - Saya pakai pad yang night tu je..Yang jenis untuk heavy period tu. Ikut mane yang anda selesa lah.
  8. Stokin - Stokin ni penting sebab waktu contraction tu kadang sejuklah itu lah ini lah..macam2. Tapi selalunya waktu pregnant, stokin yang selalu anda pakai tu confirm tak muat sebab kecik sedangkan kaki anda bengkak. Waktu kemas tu bolehlah test dulu ye.
  9. Baju dan seluar cantik - Tujuan untuk dipakai waktu keluar dari hospital nanti. Haritu saya keluar pakai kain batik, tapi sebenarnya pakai seluar pun boleh kalo saya tak silap cuma tak nampaklah anda tu macam baru lepas bersalin kalo pakai seluar. Hehehe. Ikut selesa uolls lah.
  10. Barang mandian dan bedak dan krim muka sume bagai. Makeup tu xpayah lah kot. Macam over sangat plak, tapi kalo uolls jenis jaga penampilan, its up to you kan..
  11. Towel.
  12. Charger fon. Ini penting gak kalo nak hp anda sentiasa ada bateri untuk anda hilangkan kebosanan dengan main candy crush.

Baby :-
  1. Baju - 4 pasang. Lebih pun takpe. Ikutlah kan. Tapi xperlulah bawak 1 bakul..melampau..hehehe..
  2. Sarung tangan sarung kaki - Bawak lah dalam 2 atau 3 set.
  3. Barut - 2 3 helai.
  4. Lampin/Bedung - 2 3 helai.
  5. Pampers - Selalunya hospital sediakan. Tapi kita bawak lah dalam 5 incase hospital xsediakan plak kan.
  6. Towel baby.Ini pun selalu hospital sediakan. Eh lupa lah.Masukkan je lah dalam beg tu. Hehe..
  7. Topi.
  8. Handkerchief - Kalo ada nak kesat pape ke kan kat baby.
  9. Baju cantik - Sepasang. Tujuan nak keluar.
  10. Carrier - Ini boleh digunakan waktu nak balik tu if mama dia xlarat nak pegang kan. Mostly yang tak larat yang cser kot. Cam normal ni pun kadang tak larat gak. Jalan slow kemain kan. If suami bawak, gunakanlah if not, dukung je lah ataupun minta bantuan nurse or encik suami untuk dukung sampai ke kereta.

Itu je lah kot setakat yang saya ingat di saat ini. Hehehe. Kalo ingatan saya bertambah, saya akan buat penambahan ok. Don't worry ye mom to be sume. So ape lagi? Pergilah kemas beg hospital. Saya? Hehehe. Nanti2 lah ye... hahaha..

Nota kaki : Tiba2 teringat saat bawak Qaisara balik rumah dulu dari klinik bersalin tu. Oh indahnya.. Sekarang dia da kuat membebel.

No comments: