CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Friday, February 28, 2014

:: Cara Didikan Anak ::

Hai uollls...

Hamboi hamboi hamboiii..pagi2 lagi da menulis entry ye.. Kemain xbusy lagi kan.. Hehehe.
Sekarang ni tengah isu panas pasal pasangan di Sweeden yang kononnya memukul anak mereka.  Ok2.. Entry kali ni maybe ada kaitan dengan kisah tu tapi saya bukan nak tokok tambah ataupun pape jelah, saya cuma nak cite realiti kehidupan seorang emak tu.

PERINGATAN : SILA JANGAN MENGHINA ATAUPUN MEMAKI BAGAIMANA EMAK SAYA, SAYA MENDIDIK ANAK2. SAYA TAK CAKAP DIDIKAN SAYA BETUL DAN ANDA PERLU IKUT CARA SAYA DIDIK!

Macam mane saya nak mulakan ye?

Bagaimana kita didik anak kita? Sebenarnya ada banyak cara kita nak didik anak kita. Mungkin ada yang akan tak puas hati dengan entry saya tapi anda kena pikir rasional ataupun positif dengan ape yang saya tulis ni. Saya seorang yang garang. Saya seorang yang jenis bila cakap cam tinggi suara padahal saya cakap biasa je cuz volume minimum pun 3. Saya didik Qaisara macam mane emak saya didik saya. Walaupun Qaisara baru nak cecah 3 tahun, tapi saya akan pukul dan marah dia jika dia buat salah. Ya! Saya tahu ramai yang cakap, ko ni..budak tu kecik lagi, xkan nak marah dan pukul. Kalo saya tak buat camtu, agak2 umo dia brp ye saya boleh buat? Contoh simple je, keluar dari toilet lepas mandi anak anda yang umo 2 tahun akan keluar berbogel or bertuala? Saya tahu, ramai yang tak ambik kisah pasal tu. Ala..baru 2 tahun, anu kecik je lagi, budak2..sape nak heran sangat..berbogel je lah. Hahaha (gelak sinis). Saya, Qaisara keluar dari bilik air kena bertuala jika tidak, bontot dia akan saya lepik. *Lepik disini bukan bermaksud pukul sampai berbirat2 bontot budak tu tapi lepik supaya dia tau perbuatan dia tu salah. Syukur alhamdulillah, dia keluar dari toilet sekarang tidak lagi berbogel dan tidak lagi lari dalam rumah tanpa baju. Mungkin ada lah sekali 2, tapi saya masih berbangga dia paham ape yang saya ajar which is 'keluar toilet kena pakai tuala'. Nampak simple kan benda tu. Tapi tau x, jika kita biakan je benda tu akan terus jadi normal utk anak2 kita. Mereka akan terbiasa sampai kadang da sekolah darjah 6 pun masih berbogel dari bilik air ke bilik tingkat atas. YA! saya cakap FAKTA bukan AUTA. Sekarang ni, org kt Malaysia ni ramai yang da jd binatang dr manusia. Kenapa saya cakap camtu? Kat berita pun banyak keluarkan..lepaskan nafsu dekat kanak2 yang umur 2 tahun, tadika dan so on. Kenapa camtu ye? Sebab benda yang simple tu lah! Kita rasa takpe, kecik lagi, apelah sangat..dan akhirnya jadi camtu. Saya ajar Qaisara dengan lepik kan? Ada gak yang ajar anak dia dengan cakap lembut "janganlah camtu anak, malu, orang tengok..dan bla bla bla" Sebab orang tu jenis lembah lembut. Dan tentu2 anak dia lemah lembut jugak. Macam Qaisara, kalo saya cakap lembut2 tak makan saman..tambah plak saya memang garang kan. Nampak tak perbezaan cara didikan kat situ. Tapi, xdelah lepas marah tu kita terus marah sampaikan berdendam dengan anak sendiri. Lepas marah, lepas dia da bhenti menangis ke, kita cakap balik dengan dia, kita sayang dia kita marah dia ada sebab. Ada cara macam mane kita nak coolkan keadaan lepas kita da marah anak kita.

Kenapa saya garang? Sebab emak saya didik saya dengan cara yang garang sebab emak saya garang gak. Kenapa dia lembut? Sebab emak dia didik dia dengan cara yang lembut sebab emak dia lembut gak. Anak2 memang suka memberontak. Saya dulu pun memberontak. Saya selalu cakap emak saya tak sporting. Itu tak boleh ini tak boleh. Contoh dulu ye, emak saya tak kasi saya keluar dengan kawan waktu saya tingkatan 3 sume. Memang tak boleh. Even kawan call umah pun saya kena tengking dari jauh. Memang saya stress! Rasa nak lari rumah. Tapi xdelah nak lari pun sebab takutkan. Tapi sekarang baru saya tahu, kenapa emak saya buat itu sume. Ada hikmah nya. Syukur alhamdulillah, saya jadi orang. Jika tidak, mungkin saya tak sambung belajar, keje kilang. MUNGKIN!

Sebenarnya saya bukan nak cite sangat pasal cara saya didik Qaisara tapi saya lebih nak bagi pesanan kat orang luar sana. Erti kata lebih nak merayu kot.

Uolls..janganlah sesekali kita pertikaikan cara orang tu didik anak betul ke salah. Especially yang jenis garang cam saya. Orang selalu sangat pertikaikan macam mane saya didik Qaisara. Uolls, saya mengandungkan Qaisara 9 bulan dalam masa tu, saya muntah, saya sakit pinggang, saya menangis kesakitan contraction tak kan saya nak sia2kan ape yang saya da lalui tu? Saya bukan beli Qaisara kat pasar malam then terus jaga dia. Saya nak terbaik untuk dia. Jika uolls sume ajar anak dengan cara lembut, janganlah menghantam orang yang ajar anak dia dengan garang. Sedih wooo... Serius sedih bila kita sbg emak orang tegur kita pasal cara kita didik anak sendiri.

Saya pernah merajuk dengan Qaisara. Saya menangis beriya2 depan dia. Saya cakap ngan dia, "mama marah Qaisara bersebab tau. Mama tak suka Qaisara ngade2. Mama tak nak Qaisara jadi orang tak guna. Tapi kenapa Qaisara xdengar cakap mama? Kenapa orang lain cakap Qaisara dengar? Kecik hati mama tau." Memang emosi gila waktu tu. Suami peluk saya, Qaisara pun peluk saya sebab saya sedih sangat. Bila saya biakan je dia tak marah sume orang ckp, "ko tak marah ke anak ko wat itu ini?" Tapi bila saya marah orang ckp, " ko ni dgn budak kecik pun nak marah beriya?". Paham tak perasaan seorang emak? Itu salah ini salah! Tapi saya masih bersyukur, suami saya tak pernah sesekali tengking saya bila saya marah Qaisara sebab dia pun sama2 nak ajar anak kami.

Ya Allah, berkatilah semua ibu kat muka bumi ni. Permudahkanlah urusan kami mendidik anak2. Smoga kami dapat didik mereka menjadi orang berguna Ya Allah.

Tiada ibu yang nak anak dia mati.

Nota kaki : Jaga keluarga masing2.

No comments: