Hello February....
Oh February adalah bulan yang terindah untuk saya. Saya rasa February memang bulan yang cantik. Cewahh.. Nak dijadikan cite plak, yang lahir bulan February ni pun cantik. Kuikuikui. 2 Februari jatuh hari Ahad baru ni dan nak dijadikan cite lagi suami saya kena keje. What? Keje? Apakah! Menci tau macam tu! Ya! Keje hari Ahad..sume disebabkan project CIMB tu lah, dia terpaksa take part. So ape je yang terjadi diharijadi saya yang indah tu? Hahaha.
Hari Sabtu tu saya dan encik suami keluar cari susu Qaisara then pergi brekfes dan saya sakit perut yang gila2 pagi tu. Alahai..kalo pregnant, sakit perut dan saya adalah kawan rapat ye. Hehehe. Encik suami dapat call yang mgatakan dia kena keje that day. Keje? Alahai..saya tak mampu da nak tunjuk muka masam ke, emosi ke ape2 je lah kan. Ikutlah nak keje ke ape. Hahaha. Habis tu perut saya da sakit bagai nak rak kan, even g Tesco pun encik suami dan Qaisara je yang turun, saya duk dalam kete. Then saya duk kat rumah, encik suami g keje. Kat rumah macam biasalah saya sapu sana sini, kemas itu ini. Padahal sakit perut tu, tapi mata tak boleh lah tengok bersepah. Encik suami balik dalam pukul 2.30pm macam tu. Siap2 ke kenduri jiran belakang rumah. Balik dari kenduri, suami cakap Apis n wana nak datang. Erk diorang nak datang? Nak makan ape? Ape pun takde kat rumah tu. Ye lah..kononnya nak membeli lah tadi kat Tesco, habis tu da sakit perut nak beli benda nya kan. Emosi lah sekejap sebab encik suami macam nak taknak je keluar g beli kan. Tak best lah orang datang rumah kita tak jamu pape walaupun adik beradik sendiri kan. Encik suami keluar beli air kelapa dan goreng pisang. Dalam pukul 5pm macam tu diorang sampai. Diorang KFC..woot woot.. Saya pun teruslah kedapur bawak benda tu kan..prepare lah untuk tetamu datang kan.. Then encik suami g dapur cakap "Yang, kenapa karpet tu bersemut? Ayang g tengok jap.." aihhh..macam tak boleh ambik kain sendiri lap ke ape kan. Tup tup..
SURPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ada kek dengan 2 batang lilin (tunjukkan umo saya baru 20 tahun.. :P). Ok tak sangka sebenarnya. Saya ngan pakai kain batik kena tiup lilin dan encik suami ambik gambar. Ntahpapentah tau encik suami ni, nampak saya mak2 sangat. Then gambar tu terus xbleh nak show off kat FB kan. Hahaha.
Encik suami say sorry cuz sambut awal sehari. Its ok. Memang terharu. Memang surprise. Oh takde kata yang bleh saya katakan lah. Terima kasih sangat2 kat Apis n Wana yang tolong encik suami beli kek sume tu kan. Untuk encik suami memang terima kasih sangat2 sebab usaha kan untuk buat surprise kat saya. Oh tidak..nangis!
Dan sebab tu lah Ahad tu saya cam ok je..happy je. Keluar brekfes pagi tu, then g Tesco beli barang2 dapur then terus duduk rumah dan encik suami pergi keje. Saya kat rumah buat sesi mendobi sebab baru beli sabun dan pewangi yang sangat2 wangi. Rasa cam nak basuh segala baju dalam almari. Kihkihkih. Sebab bau wangi gila tau. Lepas da kemas rumah, membasuh, then menggosok dan sambil2 tu menguli roti canai. Hehehe. Saya buat doh roti canai uolls..jangan main2. Hahaha. Malam tu baru g dinner kat shah alam.
Itu jelah cerita 2 Februari 2014 saya. Walaupun nampak tak menarik, tapi bagi saya segalanya indah jika ianya dikelilingi dengan insan2 terindah. Syukur dan alhamdulillah harijadi saya disambut sederhana tapi yang penting di ingati terutama encik suami.
Terima kasih Ya Allah kerana masih beri saya peluang untuk bernafas di bumi mu, masih beri saya peluang untuk bertaubat, masih beri saya peluang untuk beribadat, masih beri saya peluang untuk di cintai dan mencintai. Syukur Ya Allah. Ape yang saya hajatkan? Saya hanya ingin doa semoga saya dpermudahkan dalam urusan bersalin, smoga saya dapat jadi isteri yang solehah dan terbaik untuk Mohammad Firdaus Desa, smoga saya dapat jadi anak yang baik dan menjaga ibu saya Jamaaeah Shafiaai, smoga saya dapat jadi mama terbaik untuk Alya Qaisara Firas Mohammad Firdaus dan adik2nya dan smoga saya dapat jadi pekerja yang baik untuk majikan saya. Amin...
Keputusan SPM Yaya
3 months ago






No comments:
Post a Comment