Untuk 3 Tahun yang lepas, saya pernah alami benda ni tapi dikala pregnant 37 minggu. Tapiiiiii...untuk tahun ni saya rasa waktu pregnant 34 minggu. Apakah?
Yup! Jumaat baru ni saya g keje cam biasa lah kan.. Start dari kul 10 camtu baby da start mengeras2 tau. Saya tak sakit tapi tak selesa. Rasa cam tak best tau. Saya tak rasa lagi nak bersalin ke ape sebab tak sakit kan. Then bia kan je lah. Tapi baby syik mengeras je dan saya takde plak pantau berapa minit sekali..kamon..baru 34 minggu kan. Hehehe. Pastu xsedap hati rasa, msg en suami mintak ambk sebab nak halfday. Kul 1 lebih en suami kelam kabut ambik. Nak terus g klinik tak boleh sebab doktor annur ada dalam pukul 4pm macam tu. So cakap en suami, kita g makan dulu lah..waktu tu baby memang masih mengeras lg. Makan kat umah emak, ambik Qaisara sume bawak dia g klinik sekali. Lepas makan tu, baby da kurang mengeras da. Makin lama makin kurang. So rasa cam ok..selesa. Sampai klinik doktor wat ctg, ye memang ada contraction tapi mild je. Huhuhu. Memang lah doktor, saya pun dapat rasa kurang berbanding kat office yang rasa nak terkeluar da dari perut. Hehehe. Doktor bagi ubat dan relax 20 minit dan buat ctg balik. Alhamdulillah contraction xde da. Keluar je dari klinik, dia mai balik....hahaha.. Baby mengeras balik. Anda rasa macam mane? "Ahhh..miang lah anak mama ni..kita balik je lah rumah, xkan memanjang nak duk kat klinik layan ctg tu? memang tak lah jawabnya kan." *cakap dalam hati. Dan itu sebenarnya adalah Braxton Hicks Contraction ataupun Kontraksi Palsu. :p Ape tu Braxton Hicks? Meh saya share dari ape yang saya baca, copy dan paste. :p
Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari.
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
- lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.






No comments:
Post a Comment