CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

:: Firas' Family ::

:: Tickers Cinta Kami ::

Daisypath Anniversary tickers

:: Tickers CINTA HATI Kami ::

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers

:: In "Other" Words ::

Wednesday, February 12, 2014

:: Solat untuk Wanita Hamil ::

Assalammualaikum semua..

Sekarang ni saya da xlarat nak sembahyang seperti biasa. Waktu sujud tu jadi senak. Saya xpasti lah untuk ibu2 yang lain. Dulu waktu Qaisara, saya mampu lagi sampai 9 bulan untuk sembahyang seperti biasa, tapi kali ni macam xmampu plak. Tapi, islam kan mudah. Kalo kita xmampu sembahyang seperti biasa, kita boleh sembahyang secara duduk. Tapi ada caranya. Dan pagi ni saya cuba cari bagaimana cara yang betul untuk kita ibu2 yang sarat untuk sembahyang duduk. Asalnya saya hanya pikir kita boleh duduk di kerusi kemudian sembahyang macam biasa. Rupanya salah sama sekali.

Kita boleh sembahyang secara duduk TAPI kita masih kena berdiri kerana rukun solat yang pertama adalah berdiri tegak dengan tidak condong ataupun miring untuk yang tidak uzur. Maksud tidak uzur di sini ialah dia mampu lagi berdiri, berjalan dan bawa kerusi masuk ke bilik sembahyang. Paham? Ok saya guna bahasa mudah ye. Kita ni ibu mengandung, yang kita xlarat cuma untuk sujud kan? Bila sujud tu kita jadi sesak nafas, senak dan sebagainya tapi kita masih boleh berjalan kan? Kita masih boleh lakukan aktiviti memasak, pergi kerja sume kan? So, kita tak dikira uzur untuk rukun solat yang pertama tu dan maksudnya kita kena BERDIRI dahulu sebelum duduk ketika hendak sujud.

Bawah ni cara2 untuk sembahyang secara duduk untuk wanita hamil.

  • Hendaklah berdiri terlebih dahulu. Lakukan rukun tadbir, membaca al-Fatihah dan surah berikutnya dalam keadaan itu sehingga rukuk dan iktidal.
  • Kemudian ketika hendak sujud, kita duduklah diatas kerusi. Kemudian tundukkan kepala ke hadapan setakat yang mampu. Bacalah bacaan dalam sujud seperti biasa. Kemudian duduk antara dua sujud dan lakukan sujud sekali lagi seperti yang pertama.
  • Rakaat yang kedua, kita berdiri semula bagi seperti rakaat pertama, baca al-Fatihah dan surah berikutnya dan ulang cara yang pertama tu.
  • Ulangi pergerakkan itu sehingga selesai rakaat terakhir, iaitu salam.
Bawah ni gambar sebagai rujukan.




Sumber dari blog Kasih Sejati. Semoga kita dapat lakukan solat yang betul dan di terima Allah S.W.T
Saya juga pernah berkongsi 'Niat tak puasa untuk ibu mengandung ketika bulan puasa' di sini. Saya ingin tahu, saya cari ilmu, saya belajar kemudian saya kongsi. Semoga kita semua dapat ilmu yang baik bersama.

Nota kaki : Perut ada rasa bisa-bisa lah..

No comments: